Friday, April 4, 2014

:: JODOH ::


Assalamualaikum Everyone .

Di keheningan kepekatan malam, entah angin  apa yang membuaiku sekali lagi untuk menconteng di ruangan ini. Hati ini terdetik untuk meluahkan sesuatu. Jari jemari ini begitu teringin sekali mahu menari-nari di atas keyboard...

Jodoh. Ya, tajuk di atas jelas mengenai Jodoh. Mungkin ada di antara manusia yang beranggapan bilamana jodoh mereka dimakbulkan,  maka jodoh tersebut akan diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Perkahwinan itu bukanlah sebuah cerita yang berakhir dengan happy ending, tetapi itu adalah permulaan untuk menginjak kehidupan ke fasa yang baru. Kadang mulut ini penat menjawab soalan-soalan yang menyentuh bab-bab perkahwinan. Bila diisukan soalan sebegini, otak ini mula mencari-2 variasi jawapan. Kadang hanya mampu berkata "Belum ada jodoh" dan hanya mampu menguntum senyum. Ok stop. Ini bukanlah the main point untuk entry malam ini.


****************************

Siang tadi, aku ditemani dengan rakan aku telah menziarahi salah seorang kawan aku yang baru sahaja kehilangan bapa tersayang. Sebak melihat situasi yang sangat menyedihkan dan penuh airmata itu. Sedar atau tidak, mata ini turut berkaca dan butiran jernih laju membasahi pipi. Penuh keinsafan dalam diri apabila melihat pemergian seseorang. Allah lebih menyayangi beliau. Aku hanya mampu berkata sabar dan menenangkan kawan aku agar dia redha dengan ketentuan Illahi. 

Hanya yang pernah berada ditempat itu dan merasa kehilangan seseorang yang amat disayangi yang pergi buat selamanya tahu bagaimana rasanya. Sebak apabila melihat anak-anak yang masih kecil telah kehilangan orang yang disayangi buat selamanya. Namun, siapa kita mahu melawan kehendak-Nya. Hanya perlu bersabar, tabah dan redha. Di sinilah Allah akan menguji hamba-Nya. Dan suatu saat nti pasti hal ini akan terjadi kepadaku...

Kematian itu adalah jodoh yang amat pasti. Elak bagaimana pun, pasti semua orang akan merasakan. Tak kira umur, masa dan tempat. Yang bedanya, bagaimana cara nyawa kita di cabut. .Jodoh dengan seseorang mungkin kita tidak pasti, akan tetapi jodoh dengan kematian itu sangat PASTI. Hanya mampu mengambil iktibar setiap kejadian. 


#Al-Fatihah. Semoga Arwah di tempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin Ya Rob. 



No comments: