Friday, January 8, 2016

:: TETAPLAH BERBUAT BAIK ::

Assalamualaikum...

Suatu hari nanti, akan banyak perkara yang akan berubah tanpa aku sedari. Dan kadang-kadang hanya akan pergi tanpa sebab yang kukuh. Aku sebenarnya tiada idea mahu menulis. Tapi ada small voice inside me and speak, "Taiplah taiplah. Tulislah apa yang kau rasa..." Malam ini aku akan terus menaip walaupun aku sebenarnya tiada idea.

Apa yang ingin aku tulis atau ingin ku kongsikan adalah berdasarkan apa yang pernah aku alami dan jugak melalui apa yang dua biji mata aku ini melihat manusia manusia di sisa kehidupan ini. Dalam menyelusuri relung relung kehidupan ini, banyak benda yang akan kita jumpa, belajar realiti kehidupan, banyak cabaran yang akan kita hadapi dari tahun ke tahun. Dan apabila tiba sahaja awal tahun ramai manusia yang post tentang azam mereka, berkongsi dengan public apa yang ingin mereka kecapi pada tahun ini misalnya. Bila kita tengok balik, kenapa perlu ada spesific year untuk berazamkan? Kenapa tidak mulakan hari ini dan sebelum kita tidur. Walhal sepatutnya setiap hari kita perlu berazam untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Belajar buat yang terbaik dan paling baik untuk orang lain sebelum nyawa kita dicabut. 

Jika kita tidak bisa menjadi yang terbaik untuk orang lain, at least kita jangan menyusahkan hidup mereka. Melalui pengalaman hidup aku dan apa yang aku kutip pada tahun 2015, banyak benda yang aku belajar, belajar melepaskan sesuatu dengan hati yang redha walaupun sesuatu itu yang sangat kita sayang: 

Tidak semestinya apa yang kau lepaskan itu adalah kebahagiaan kau
Dalam meniti hari hari yang mendatang 
setiap hari kau akan berjumpa dengan "MELEPASKAN @ BERKORBAN"
Tapi, jangan pernah kau lupa.
Dengan semua benda/perkara yang kau selalu lepaskan dan berkorban
akan ada nanti satu benda yang tetap tinggal bersama dengan kau.

Jangan pernah bilang melepaskan itu suatu kerugian
dan jangan jugak pernah bilang berkorban itu sebab kau menyerah atau lemah
Tapi disitulah terletaknya keikhlasanmu dan kekuatan yang ada pada kau
yang jarang orang lain bisa lakukan. 
Ikhlaskan dan senyum. kau pasti bisa.

Kau buat semuanya sebab kebahagiaan orang lain
Ingin melihat orang lain terus tersenyum bahagia
Pasti suatu saat nanti orang lain jugak 
akan buat begitu dengan kau. Yakin sahaja

Dunia ini sentiasa berputar
Apa yang pernah kau beri akan deberikan semula
dan mungkin sahaja digantikan dalam kotak 
yang lebih istimewa dari sebelum ini.

Setiap hari berazamlah untuk jadi yang lebih baik dari semalam. Sebab kita ini adalah penulis perjalanan hidup sendiri. Maka tulislah yang baik baik dan bisa memberikan manfaat kepada orang lain. Melalui apa yang aku lihat, melepaskan demi kebahagiaan orang lain jugak bisa menggembirakan hati kita. Kenapa pulak cakap macam itu? Sebabnya bila niat kau sebab mahu tengok orang lain gembira, kegembiraan itu bisa berjangkit. Orang cakap gembira ini macam positif virus. Contohnya, hari ini kau lihat si polan dan si polan gembira dan berkahwin. Automatik rasa itu kau juga bisa rasa. pasti kau akan berkata yang baik baik tentang perkahwinan mereka bukan. Malah kau akan mendoakan kebahagiaan mereka. 

Dan hari ini contohnya kau gembira, senyum macam biasa, then bila nampak orang lain kau senyum. Automatik orang itu jugak akan senyum. Mungkin tidak sekarang, tapi siapa tahu selepas kau jalan baru dia akan senyum. Kalau senyumanmu tidak dibalas tidak apalah. ikhlaskan sahaja, Tiada kerugian apa apa. Sama jugak macam melepaskan atau berkorban. Kita bantu gembirakan hati orang lain, InshaAllah hati kita pasti terawat jugak.

Dalam menyelusuri roda roda kehidupan ini jugak, mata aku banyak melihat perkara. Aku perasaan bila sesuatu yang meninggalkan kita atau seseorang pergi meninggalkan dunia ini selamanya, perkara yang paling jelas bisa ku lihat adalah  bagaimana dia melayan kita. Dan paling berkesan adalah kebaikan mereka pada kita. It gave us such a deep feeling of losses.

Kesimpulannya, berilah kebaikan kepada orang lain walaupun hanya memberikannya segelas air putih. Ingatlah tangan yang menghulurkan sesuatu, air putih misalnya akan lebih dahulu buat seseorang itu tersenyum dan terasa lapang. Jika kita menghulurkan kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula mencari kita. Walaupun sebaik mana kita mencuba melakukan kebaikan itu, mungkin sahaja kebaikan itu tidak akan mengubah orang lain yang negatif terhadap kita. Jika apa yang kau lepaskan, berkorban dan melakukan kebaikan tetapi tidak dihargai, ikhlaskan sahaja. Melepaskan, berkorban dan kebaikan akan sentiasa menang walaupun dalam berbuat sesuatu dengan niat yang baik kita mungkin kelihatan kalah. Namun, melepaskan, berkorban dan kebaikan itu sebenarnya telahpun menggembirakan hati kita sendiri.

Sebelum tidur malam ini, refleksi semula apa yang pernah kita buat dengan orang lain. Bagaimana kita melayan orang lain. Jika kau pernah disakiti, tetaplah tersenyum dan pandanglah mereka dengan pandangan kaseh sayang, Pandang kebaikan dalam setiap keburukan, sebab seburuk buruk sesuatu ada baiknya. Dan berlapang dada dengan semua orang. Sebab ALLAH tidak akan cipta kelemahan seseorang melainkan untuk kita tampalkan dengan kebaikan.


P/s: Mulanya tiada idea. Idea sangat terhad. Tapi bila sudah rancak menulis, maka entry pun terhasil sepanjang ini. Apa apa pun semoga kita semua memperoleh ketenangan hati dan jiwa.