Tuesday, December 15, 2015

:: Pengemis Dan Pengutip Pengajaran ::

Assalamualaikum...

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan. Terlalu banyak yang ingin aku cerita kan. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan. Erk???? Aku hanyalah seorang hamba TUHAN yang punya gelaran PENDOSA TEGAR dan bakal jenazah yang akan mati pada bila bila masa sahaja. Punya impian dan keinginan yang sangat tinggi mahu mati dalam ketenangan. Aku bukan seorang sasterawati dan penulis skrip seperti dalam drama atau filem./Novel yang handal menyusun aksara, hebat bermain dengan metafora dan bijak menyusun plot cerita. Bukan. Aku hanya seorang pengutip pengajaran, dan pengemis ilmu/pengalaman di sepanjang perjalanan kehidupan aku. 

Sebagai seorang pengutip pengalaman di tepi jalan, banyak jenis cerita dan kisah hidup yang disajikan. Banyak jenis ragam manusia. Banyak jenis pengalaman. Hebatnya manusia itu bila dia dapat sembunyikan mendung di hati. Hebatnya manusia itu bila dia maseh mampu tersenyum walaupun hatinya sudah dilanda Tsunami yang dasyat. Hebatnya manusia itu bila dia maseh boleh positif dan nampak yang baik baik sahaja walaupun hatinya sudah remuk berkali kali. Hebatnya manusia itu bila mana dia boleh bersederhana dalam segala hal. Sederhana bukan bererti kita hidup biasa biasa sahaja. Tapi bersederhana dalam menikmati hidup dan berhadapan dengan suatu hal. Cumanya, kadang kita mudah alpa. Mudah tergoda dengan benda yang sementara. Apa yang orang lain ada, kita pun berlumba lumba untuk dapatkan. Suka mengejar sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Kenapa mereka ada yang aku tiada. Kenapa aku dan bukan mereka. Manusia, hatinya memang rapuh. Jangan biarkan kita terperangkap dengan perasaan mahu memiliki segalanya. Belajarlah untuk berjalan dengan rasa kehambaan dan rendah diri. Mengapa bila kita melihat orang yang berjaya, punya kerja yang baik, kita perlu dengki? Dan mengapa bila kita lihat orang yang kurang berjaya, kerjaya biasa biasa saja kita memandangnya dengan pandangan merendahkan dan menghina? Kerjaya orang lain jangan di hina.

"Biar apa pun kerjaya kita, tidak kira apa,
 jika halal sumbernya, dan Al-Quran jiwanya, 
InshaAllah itulah kerjaya yang terbaik untuk kita, 
kerjaya yang mampu dijadikan landasan ke syurga"
(Dr. Anwar Fazal)

Kadang, langkah kita disalah erti. Kadang mata kita silap. Kita menyangka bila kita tersepit dalam suatu masalah dan keadaan hanya manusia yang dapat tolong kita. Ada masanya kita tidak bisa bergantung dan berharap sepenuhnya dengan manusia kerana mereka jugak tetap manusia seperti kita. Sometimes we just have to pick ourself up and carry on. Bila aku atau kau ingin hadam sendiri masalah yang ada dan ingin menyendiri, orang mula bilang, "Kau jugak perlukan teman/kawan. Jangan sombong". Ya itu benar. Jangan suka bersangka-sangka dengan seseorang yang ingin menyendiri. Terkadang kita juga perlu belajar menyendiri, bukan bererti kita ingin menjauh manusia. Bukan jugak sebab sombong. Tapi manusia ni ada masa sendu dan pilu bukan? Ada orang, dia lebih selesa untuk menyendiri. Bukannya dia tidak mahu menghargai orang lain atau sesiapa yang ingin singsing lengan untuk membantunya. Tapi adakalanya dia ingin berehat dan muhasabah segalanya. Tapi hatinya tiada siapa yang tahu. Dalam diam, dia mungkin ingin mendekat dengan TUHAN dan memilih TUHAN daripada manusia. Jika dia tidak mahu menceritakan segala mendung dan kelam di hati, jangan dipaksa. Biarkan dia berehat kerana dia jugak manusia yang terkadang penat.

"Percayalah, 
kamu takkan mati hanya kerana kamu berdiri sendiri, 
 kamu mungkin cuma sunyi,
 tapi kalau kamu isi ruang itu buat Ilahi,
walau tanpa manusia di sisi, 
kamu pasti bisa buat sendiri,
berdiri di kaki sendiri,
 semuanya serba sendiri..."
(E.I)

Aku telah belajar banyak benda. Dan sampai nafas terakhir pun aku maseh dan tetap belajar. Kita hidup bukan atas solusi manusia. Kita hidup bukan atas takdir ciptaan manusia. Untuk apa terlalu mengejar manusia. Jangan terlalu mengejar kebahagiaan dan kejayaan untuk diri sendiri sehingga kita menyakiti hati orang lain dan lupa untuk menggembirakan orang di sekeliling kita. Belajarlah mendengar permasalahan orang lain tanpa menyinggung atau menyimpan perasaan riak dan merasakan ego kita adalah yang paling benar. Bersederhanalah sahaja dengan mengubah perspektif, cara pandangan, dan menerima teguran orang lain. Bahagia itu dijiwa. Bukan yang banyak bisa membahagiakan, kadang yang sedikit itu bisa menggembirakan. Dan kenapa perlu berlebih lebihan sedangkan bersederhana itu lebih indah dan manis. 

Even dalam berkawan pun tidak perlulah berlebih lebihan. Jangan paksa diri untuk jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudah memadai. The important thing is not what we look like, but the role we play in our friends or others life. 



P/s: Aku tulis untuk remind diriku sendiri. Maseh banyak yang kurang dalam penulisan dan perkongsiaan aku ini. Maseh banyak yang buruk dan kurang dalam dirku. Aku maseh belajar. Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua. Kalau ada yang kurang itu adalah dari diriku sendiri. 


Monday, December 7, 2015

:: INILAH KEHIDUPAN ::

Assalamualaikum...

Orang kata, hidup ini susah dan penuh dengan masalah, penuh dengan ujian. Ya, zaman sekarang ini mana ada yang senangkan? Mana ada yang free kan? Semua serba serbi berbayar. (Kalau tak setuju, jangan teruskan bacaan). Kau mahu meluahkan rasa cinta, kaseh dan sayang pun bermodalkan air liur. Mahu susun ayat-ayat power rangers untuk mengurat sesiapa pun kau ambil masa kan? Mahu bernafas pada zaman sekarang ini pun susah. Sana sini kau menghidu asap rokok, pencemaran udara dan seumpamanya. Tambahan lagi sekarang ni asap vape ada di mana-mana. Itu belum lagi kau mahu hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa gossip-gossip dan cerita si polan bin si polan. Even kau tidak kenal pun, ada yang canang cerita kau kan? Perghhhhh, macam artis gitewww. 

This is life. Penuh ujian dan masalah. Selalu jugak kau dengarkan "Bukan hidup kalau tiada masalah dan ujian". Tidak bestlah hidup kalau tiada masalah kan. Kalau balik-balik mahu ambil jalan shortcut, tidak mencabarlah kan. Kalau balik-balik kau disuap, tidaklah kau merasa betapa indahnya hidup ini. Erk. Jalan hidup ini akan semakin jauh dan sukar kalau kita asyik-asyik mahu ambil jalan mudah dan jalan singkat.

Apa-apa pun yang kau dan kita lakukan kena usaha. Zaman yang serba serbi dihujug jari ni mana ada yang mudahkan. Kau mahu layari internet pun kena topup. Orang kata, kalau tidak kerja, macam mana mahu makan. Tak kan mahu tunggu duit atau makanan tu jatuh dari langit atau jatuh dari pokok kelapa. Sama jugak macam hikmah dan nikmat. Kalau kita tidak gali atau cari hikmah dan nikmat dalam setiap kesulitan itu, sampai bila-bila pun kita tidak jumpa dan rasa. Kalau kita takut berjalan di jalan yang panjang dan gelap, kita mana tahu apa yang menunggu di hadapan kan. Kita sangka jalan yang panjang itu menyusahkan, sedangkan jalan yang pintas itu adalah jalan yang lagi lagi dan lagi penuh cabaran dan ujian. Tapi zaman sekarang ni, hmmm. Semua mahu jalan yang pintas. Jangan pernah menyerah. Kalau orang lain naik lift atau escalator, biar kita sahaja yang naik tangga. Biar lambat, yang penting hasilnya berpanjangan dan hati terasa lapang.

Tanya diri kita semula. Kita mahu hidup susah sekali sahaja kah atau mahu susah kali kedua. (Alah, tak faham lah maksud mu). Okey, maksudnya macam ini. Kita hidup di dunia cuma sekali sahaja sebelum kita di hidupkan semula di alam yang kekal abadi, iaitu di alam barzakh. Dan kesusahan hidup ini kita akan rasa cuma sekali sahaja. Aku ambil contoh yang mudah (Hasil daripada pembacaanku)

Semua orang pernah tidurkan. Dan di dalam tidur kita, pasti ada yang pernah bermimpi bukan, Adakalanya, kita rasa kita macam lama saja mimpi kita tu, tapi bila kita terbangun rupanya kita baru tidur tidak sampai pun 4 atau 5 jam. Tapi rasa macam lama. Macam itulah jugak dengan kehidupan kita. Kita rasa masalah dan kesusahan yang kita alami itu lama, padahal di depan itu ada jalan penyelesaiannya. Tinggal kau mahu pilih sahaja sama ada mahu turn off atau turn on the light/switch. Kadang, kita rasa jugak life kita ni lama. Sedangkan, saat kematian kita semakin dekat nanti, kita akan rasa....(Mata masuk habuk)

Inilah kehidupan. Susahkah hidup pada zaman sekarang? Baik macam mana sekalipun kita mencuba, tapi mesti ada yang tidak suka dengan kita kan? Stress ka hidup macam ni??? Di tambah lagi orang yang suka menilai dan cakap-cakap itu ini. Pernah kah kita terfikir, orang yang suka bercerita pasal polan si polan ni benar-benar care atau saja ingin tahu/menyibuk. Berlapang dada sajalah dengan semua orang. Kehidupan sememangnya begini, Manusia sememangnya susah mahu dinilai dan ditafsir. Tapi kadang kita terlupa suatu perkara kan ? (Termasuk diriku sendiri). Setiap masalah, setiap kesakitan, setiap kepedihan, setiap ujian di dunia ini sebenarnya tidak lama. Aku ada terbaca satu hadis Rasulullah S.a.w yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan At Tirmidzi dari Abu Hurarirah RA:

"DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG BERIMAN, 
DAN SYURGA BAGI ORANG KAFIR"

Lebih kurang macam itu jugaklah kehidupan. Itulah sebabnya Allah meletakkan batas supaya kita selamat. Sebab Allah sayangkan kita. Susah di dunia, tidak semestinya menderita di akhirat kelak. Gembiranya hidup di dunia, tidak semestinya kekal sampai ke SANA kerana kita ada kehidupan kedua, iaitu semuanya kekal abadi. Tak kan kita mahu hancurkan life kedua kita kan. Kalau sekarang kita sudah enjoy berabis, habislah life kedua nanti tak fun. Tak kan kita mahu macam itu kan? 

Apa-apa pun, setiap kesusahan itu ada jalan penyelesaiannya. Lagi satu, Buruk macam mana sekalipun kita, jahat macam mana pun seseorang itu, kita tiada hak mahu menilai dan menentukan nasib seseorang kerana kita semua ini adalah pendosa, pendosa tanpa nokhtah. Pendosa yang sentiasa mengharapkan belas ehsan Allah dan pendosa yang ingin ke SYURGA-NYA.


P/S: Aku bukanlah orang baik dan bukannya orang alim. Hidup maseh terumbang ambing. Aku jugak seorang Pendosa dan hamba hina. Tapi aku suka bercerita bahawa Allah itu baik dan MAHA PENYAYANG. Selamat malam. Selamat beramal. 




Thursday, December 3, 2015

:: PILIHAN ::

Assalamualaikum...

Mata maseh melawan. Kesan melayan secawan kopi pekat. Oh mata please aku mahu tidur, tapi kau enggan jugak untuk beralah. Mari sini kau wahai mataku. Kita dating sampai pagi. Melayan setiap abjad abjad di papan kekunci ini. *Perbetulkan posture duduk*


Pernah putus cinta?
Pernah rasa down?
Pernah di tipu, dikhianati?
Pernah dikecewakan?
Pernah rasa mahu menangis sahaja?
Pernah rasa tidak selera mahu makan?
Pernah rasa segala rasa yang kau rasa? Erk?

Maaf, soalan itu bertubi tubi diajukan. Aku pun pernah rasa itu. Bukan kau, dia dia dia, kamu kamu kamu seorang sahaja yang pernah rasa. So? Move on lah. Kenapa mahu penjarakan hati dan diri sendiri di tempat yang sama. Relax la. *Pandai lah kau bercakap sana. Hebat dalam menaip, tapi tindakan kau??*

Ya, aku bukanlah orang yang tepat untuk mengajar sesiapa saja untuk move on sebab aku bukan doktor cinta atau pakar motivasi. Jauh sekali....

Sejujurnya, kadang kita lupa yang kita ini ada pilihan dalam hidup, sehinggakan kita menjadi fokus kepada benda yang tiada berbanding apa yang ada. Fahamkan? Memang, takdir hidup kita sudah ditentukan, tapi kita maseh punya pilihan bagaimana untuk menjalani takdir hidup yang telah tertulis. Kau tahu hidup ini cuma ada hitam dan putih, tapi kau maseh mahu pilih warna lain. Kau tahu semua itu, tapi kadang terlupa (Tertembak diri sendiri). Jangan terlalu menoleh ke belakang sampai terlupa untuk go forward. Kau rindu orang itu, tapi itu bukanlah tiket untuk kau di rindui semula. Kau sayang orang itu, tapi itu bukan jaminan untuk kau di sayangi semula. Kau suka dengan orang itu, tapi janganlah kau berharap kau akan disuka jugak sebab tiada hukum dalam dunia ini, kau rindu, sayang dan suka orang tu, dia pun kena rindu, sayang dan suka kau jugak balik.

Ah, aku mahu lari. Lari dari semua ini.

Larilah sejauh manapun kau mahu. You can run and as fast and as far as you like. But, the truth is, wherever you run, there you are. Jangan pentingkan hati sendiri acah acah mahu lari jauh kalau maseh tidak mahu move on. Move on atau go forward is your choices.

Bila di hina sikit down. Bila di sakiti sikit, fikiran menjadi tidak tentu arah. Aduiii, kenapa lembik sangat ni. Ada banyak sebab untuk kau jadi kuat. Bila di uji, kau tidak boleh lari. Tapi kena kuat untuk terus melangkah. Hati hanya menjadi tidak keruan dan hilang arah apabila kita tidak menempatkan Allah di hati kita dan utamakan DIA. Allahu'. (Kadang, kehadiran seseorang akan buat kita lupa DIA. Allahu'.Kita cuma pentingkan hati sendiri. Mata masuk habuk)

Somehow, ada perkara orang yang tidak faham kita, tidak faham dengan situasi yang sedang kita lalui, dan tidak faham apa sebenarnya yang kita mahu buat. Betul. Orang sangat sangat susah mahu faham orang lain. Then, mulalah ada yang assume itu ini. Kita ini pula satu, bila dikondem sikit terus tiada semangat mahu melangkah. Teruslah ndak mahu move on dan kurung diri dalam bilik sorang sorang layan lagu jiwang sampai menangis sehingga banjir bilik. Hello, come on my self. come on guys. Kita ada impian sendiri ba. Kenapa begitu mudahnya mengalah pada kata kata manusia?

Sejujurnya, mengalah itu perlu, tapi tengok jugak keadaan. Latih hati jadi kuat. Allah tidak ciptakan ujian itu suka suka sahaja. Pasti bersebab.

Sudahlah. Jangan mengalah dengan emosi sendiri. Sekarang ini bukan masalah orang tidak suka dengan kau, tidak suka dengan kita. Bukan jugak masalah siapa yang menyakiti dan disakiti. Semuanya berbalik pada hati. Pilihan di tangan sendiri. Selagi kita percaya pada perancangan DIA, pilihan DIA, selagi itu kita kena kuat, kena melangkah, dan kena sabar. Tenanglah dalam perkataan, bersangka yang baik baik sahaja. Nanti, Allah akan baiki jalan hidup kita dengan lebih cantik dan indah.

 Sudah. Jom tidur. Esok kerja. Sebelum tidur maafkan semua orang. Berlapang dada dengan semua. Selamat Malam.







Sunday, November 29, 2015

::: WHAT IS YOU HAPPIEST MOMENT IN YOUR LIFE? :::

Assalamualaikum...


Pernahkah ada di suatu ketika, suatu saat kita membuka diary lama, melihat gambar-gambar lama, ingat-mengingati cerita lama dan merasakan suatu kenangan yang sangat indah sehingga bisa membuat kita tersenyum bahagia. Pernah? Rasanya macam mahu menghentikan saja masa ketika itu. Tidak mahu masa itu berlalu dengan pantas. Pernah???

Saat dunia terlihat seakan indah belaka, tiupan angin sepoi sepoi bahasa mampu membuat kita tersenyum indah. Biru langit dan biru laut yang tenang, membuat tawa kita bahagia dan merasakan damai di hati. 

Erk, jiwang pulak. Hehehe. Tapi mungkin rasa itu yang dapat digambarkan bila bercerita tentang happiest moment dalam hidup kita. Kita berjalan di atas tanah yang sama, berlindung di bawah langit yang sama, menghirup udara yang sama, tetapi cara hidup kita, ujian hidup kita tidak sama. Apa yang kita lalui setiap hari dalam book life kita tidak sama dengan orang lainkan? Apa yang kita rasa, segala pandangan dari hati dan mata kita juga tidak sama. Jadi, kegembiraan yang ada dalam setiap individu itu juga mungkin tidak sama.

Bagi aku, so far, the happiest moment dalam hidup aku bila aku mampu dan bisa buat orang di sekeliling aku happy, make them laughing dan smile. Bukan senang kita mahu buat orang rasa selesa, happy dengan kita. Bukan semua orang suka dengan kita. It's not easy to make other people fall in love with your personality, or character. Sebab kita ini manusia yang serba serbi kekurangan. Salah cakap saja sikit, buat silap sikit, orang akan benci kita. Terutamanya bila kita berada di dalam suatu kelompok yang ramai. Bukan semua orang boleh accept siapa kita, dan kekurangan kitakan? Even dalam berkawan pun maseh ada yang tidak dapat terima buruk kita.

As long as i can make other people around me happy, make them smile is enough for me. Tidak minta banyak. Kerana bahagia itu di hatikan? Kerana yang sedikit bisa buat  kita merasakan bahagia dan damai dihati. 

Dan lagi satu, the happiest moment in my life bilamana aku dapat melalui ujian hidup ini dengan sabar dan tabah (Kerana aku jugak manusia yang kadang lupa, suka mengeluh, menangis dan emosi). Sometimes, bila kita dilanda ujian kita terlupa untuk bersyukur, dan tersenyumkan??? Walhal ujian itu adalah nikmat. 


Be patient and tough, cause someday this pain will be useful to you. For us also.   

Allah sayangkan kita. That's why kita di uji. Sebenarnya, hari hari kita ada happiest moment dalam hidup kita. Setiap pagi bila kita bangun dari tidur, Allah maseh pinjamkan kita satu nyawa untuk berada di muka bumi-NYA. Maseh dihidupkan untuk menghirup udara dan bernafas. Indah bukan?


Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(Surah Al-Rahman)


Mungkin kamu jugak punya cerita yang bedakan? Punya kegembiraan yang beda dengan aku. Tapi, seriously for me, itulah antara happiest moment dalam hidup aku, so far.


REAL HAPPINESS IS WHEN YOU CAN ACCEPT THAT LIFE IS NOT ALWAYS ROSY/HAPPY AND YET YOU STILL CHOOSE TO SMILE AND MOVE ON.


P/s: Much millions thanks for read this simply entry. Good Night !


Wednesday, November 25, 2015

:: WHAT DO YOU WANT TO ACHIEVE IN YOUR LIFE ? ::

Assalamualaikum...

Rentak yang kaku. Jari jemari terasa kaku menari-nari di atas keyboard untuk memulakan entry dalam blog yang setelah sekian lama terbiar...


"Dont look back because you are not going that way. Just go forward is much more exiciting."

Jika kita fikir masa lalu kita itu indah dan kita ingin kembali untuk mengubah masa lalu kita, bagaimana pulak dengan masa depan kita kan? Mungkin masa depan kita itu akan lebih indah andai kita bijak mengatur langkah. Dalam hidup ini, kita tidak perlukan button ESC or button undo. Yang kita perlukan adalah untuk terus melangkah. Melangkah untuk menjadi yang lebih baik dari semalam. 

"Kalaulah aku dapat kembali ke masa laluku, aku ingin blah blah blah....."

Tidak perlulah kita mahu berkalau-kalau lagi. Kalau kita dapat undo sekalipun masa lalu kita, pasti kita tidak tahu apa itu erti penyesalan kan? Pasti kita maseh tidak kenal erti "Ingin berubah" kan? Itu bukan target hidup kita yang sebenar. Kalau kita sedar kita banyak melakukan kesilapan pada masa lalu kita, kita editlah masa sekarang dan esok untuk jadi lebih baik dari sebelum ini. 

So, what do you want to achieve in your own book life? Tak kan kita mahu just stay with our past right? Or want be better person in future? From time to time i wonder what life could be or what others care for? What i want to achieve and what others want to achieve also. It is about to search more money or rather to seek happiness. ??? 

For me lah (Because kita punya different opinion right. Just my opinion), achievement is not only about how many cars you want to buy, how many money you want to invest or earn, travelling around the world, got married with ur gf/bf, got better job with higher salary, and so on. Depends pada individu itu sendiri. Ya, memang dalam hidup ini kita kena punya target dan goals kan. Tapi tidak bererti kita kena capai semuanya dalam bentuk materials. Tidak semestinya apa yang kita mahu capai itu, kita tunjukkan pada semua orang kan? Just to show with own self okeylah. Just proof yourself first before others. Mahu jadi hebat, mahu capai apa yang diinginkan janganlah sampai membebankan diri sendiri.

Achievement is also about how you satisfied with you life. Bagaimana kau mahu bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan telah bagi. Adakah kita punya satisfied di tahap yang tertinggi? Adakah kita rasa bersyukur dengan apa yang kita ada? Kadang kita ini sibuk mengejar apa yang kita tiadakan, sehingga kelebihan kita sendiri kita tidak nampak. Sampai suatu saat kita pun tidak tahu dan tidak sedar apa yang kita sibuk kejarkan itu. Adakalanya kita pula ini sibuk mengkritik orang lain, jatuh orang lain, but we blind to our own. This reality. If you kept on talking about others, maybe you probably missed you own story right? And maybe thats why TUHAN doesn't like backbiting. It tooks your time from taking care of you own life. The precious life TUHAN gave you so you will have the life that you wanted. Just be that beautiful person that you want others to be. But dont burden yourself.

Walaupun kita ni banyak kekurangan, seringkali terluka, seringkali disakiti, punya masa lalu yang hitam dan kelam, hanya pekerja biasa dengan gaji yang cukup makan sahaja, jangan berputus asa untuk melangkah. Jangan lihat apa yang kurang dalam diri kita sahaja. Just be better person from yesterday. Ada banyak sebab kenapa kita perlu melangkah, kenapa kita kena kuat, kenapa kita mahu capai apa yang di inginkan dalam hidup ini. As long as we can make others people happy, make them smile. Buat orang lain happy, gembira dan tersenyum jugak akan buat kita terlupa akan kesedihan dan masalah kita. :) Is it right? Hidup ini sangat simple. hidup ini sangat indah untuk mengeluh. 

Apa yang paling penting, bersyukurlah dengan segala rasa dan Nikmat yang TUHAN telah berikan dalam hidup kita. :)






Tuesday, October 6, 2015

Hati Kita Akan Terus Diuji

Assalamualaikum

Hati kita akan terus diuji. Bezanya cuma ujian hati kita tidak sama. Senyum atau tangis, sedih atau gembira itu semuanya adalah acuan minda dan sahabat yang paling rapat dengan manusia. Semua rasa itu, sahabat itu akan terlahir tika kita diuji.

Jika kau tidak bisa ketawa dengan lawak yang sama, tidak bisa tersenyum dengan sapaan yang sama, kenapa maseh memilih untuk menangis, berduka, bersedih dengan masalah sama atau masalah lalu. Walhal, kau sendiri tahu ada masa depan yang perlu kau grab. Dan ada kegembiraan yang perlu kau raih.

'Ala, kau bercakap senanglah sebab kau bukan berada di tempat aku pun. Kau hanya tahu cakap cakap sahaja'

'Ya, memanglah aku tidak berada di tempatmu, tidak tahu isi hatimu kerana kita berjalan bukan dalam kasut yang sama. Size kaki kita pun lain lain bukan. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk kau berduka. Hari ini kau bersedih, tapi janganlah jadikan itu satu alasan untuk kau hidup sengsara pada masa depan'

Benar, tidak semudah kata bicara dan tidak semudah lafaz yang dikata. Aku menulis entry ini bukanlah mahu tunjukkan yang aku ini bijak pandai settle kan masalah, handal mengawal hati dan perasaan, dan tidak pernah bersedih. Ini berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri. Sepanjang hidup aku, banyak jenis manusia yang aku jumpa. Ada yang bertopeng dan ada yang natural. Tapi Allah tidak akan hantar seseorang itu dalam buku hidup kita tanpa sebab. Semuanya pasti bersebab.

Ada suatu ketika dahulu, aku begitu down. Pendam sendiri dan hadam sendiri kesedihan itu. Menangis tu biasalah bila sudah tidak dapat tahan rasa sedih itu. Tetapi aku sendiri tidak tahu bagaimana aku bisa cari kekuatan itu. Aku buat biasa biasa saja. Senyum dengan semua orang. Pandang semua orang dengan pandangan kaseh dan sayang. Mungkin sabar dan diam itu adalah cara terbaik untuk kita expressing rasa sedih dan masalah kita. Ujian itu nikmat. Ujian itu kebaikan kerana Allah lebih Maha Mengetahui. Setkan saja di hati dan otak kita positive minds. Kadang kita rasa masalah kita paling hebat. Kita yang paling sedih. Tapi cuba kita lihat di luar sana. Betapa ramai yang dilanda musibah lebih hebat dari kita. Kita ne cuma hati kita saja yang di uji.

Dan hati kita akan terus di uji. Ada suatu masa tu, hati aku di uji lagi. Tapi aku ada seorang sahabat yang tidak bosan bagi aku nasehat dan semangat. Jadi rapat hanya kerana meminati team bola sepak yang sama masa world cup. Dia ingatkan aku, guna semula kekuatan yang kau ada masa kau down dulu. Jangan jadi lemah. Dan selalulah ingat mati. Bila kau ingat mati hati kau akan rasa tenang. 'Jum, andai suatu masa nanti kau lupa dengan semua orang, jangan Sesekali kau lupa Allah. Jangan lupa yang kita jugak akan mati suatu hari nanti'. This words always i keep in my mind. Nasehatnya yang memberi kesan kepada aku till now. Terima kaseh sahabat.

Dan sehingga hari ini hati aku akan terus di uji. Allah telah menghantar seseorang dalam hidup aku. Orang yang kita sayang jugak itu adalah suatu ujian. Dan pandai pandailah mengawal hati dan perasaan. Dan bersedialah dengan apa saja ujian kerana hati kita akan terus di uji.




P/s: Walaupun kadang kadang ada salam yang tidak bersambut, ada 'chat' yang tidak di balas, walaupun kadang kadang rasa ini cuma aku saja yang rasa, namun aku maseh positive dengan keadaan.