Monday, April 25, 2016

Random Cerpen

"Positive. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih ya Allah"

Hanya itu yang bisa Jannah ucapkan setelah mendapati dirinya sudah hamil. Mengetahui dirinya yang kini sudah mengandungkan anak kepada suaminya, Amar adalah berita yang paling gembira dan anugerah terindah buatnya. Jannah sudah tidak sabar untuk memberitahu Amar tentang berita gembira ini, tambahan lagi lusa adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang setahun dan bercadang untuk memberitahu Amar apabila suaminya sudah pulang dari outstation  di Kota Kinabalu.

kringgggg..... Kringggg........ Kringgggg.....

Hello, Assalamualaikum....
Waalaikumsalam....
Ini isteri Amar Asyraff ka?
Ya saya isteri dia. Miftahul Jannah.
Kami dari balai polis ingin memaklumkan bahawa suami puan terlibat dalam satu kemalangan dalam perjalanan dari kota kinabalu menuju ke Tawau.
Apa.??????!!!!!!!!

*************************************************************

Lima bulan berlalu selepas kemalangan itu, Amar masih tidak sedarkan diri. Jannah sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai seorang Account executive di sebuah syarikat swasta terkemuka di Tawau semata mata ingin menjaga suaminya dan berada di sisi suaminya. Jannah ingin menjadi orang pertama yang suaminya lihat apabila Amar sedar dari koma.

"Abang, sedarlah. Jannah ada berita gembira untuk bagi tahu abang. Jannah dah mengandung. Dah lima bulan abang. Mesti abang happy kan. Sedarlah abang..." Rintih Jannah sambil mengusap-usap tangan suaminya.

Setiap hari Jannah tidak bosan mengungkapkan ayat itu. Dan setiap kali itulah juga hati Jannah terusik dan butiran jernih akan mengalir di pipi mulus Jannah.

"Jannah, baliklah berehAt nak. Sehari suntuk dah Jannah dekat hospital ni. Makan pun mesti belum lagikan. Biar ummi lagi yang jaga Amar. Jannah balik berehat ya nak. Kesian baby dalam perut tu.."

"Takpa lah ummi. Jannah tak lapar lagi. Nanti kalau Jannah balik dan abg Amar sedar, mesti dia cari Jannah.."

"Jangan degil nak. Tengok muka tu pucat saja. Badan Jannah dah semakin kusut. Nanti kalau Amar dah sedar, ummi terus telefon Jannah. Dengar cakap ummi ya nak..."

"Hurmmmmm, baiklah ummi...."

*************************************************************

Hari berlalu demi hari. Dan bulan berganti demi bulan. Namun Amar masih tidak sedarkan diri. Jannah hanya kuatkan hati dan semangatnya demi kandungannya. Perit untuk dia lalui semua ini seorang ini. Jannah hanya mengharapkan suaminya, Amar akan segera sedar dari koma sebelum dia bersalin.

"Ummi !!!! Ummi !!!! Ummi !!!!! "

"Astagfirullahalazim, Jannah. Kenapa ni nak?"

"Perut JAnnah mi. Perut Jannah sakit. Sakit sangat mi "

Ummi segera pergi mendapatkan nurse yang berada di hospital itu.

Sepanjang perjalanan menuju ke wad bersalin, Jannah telah menitipkan pesan kepada Ummi.

"Ummi andai bayi yang keluar ini nanti adalah perempuan, tolong namakan dia persis dengan nama Jannah ya ummi, Miftahul Jannah. Dan seandainya bayi ini adalah lelaki, tolong namakan dia persis dengan nama arwah adik, Adam Alzaifah...Dan tolong sampaikan salam rindu Jannah buat abang Amar, sekiranya abang sedAr dari koma nanti..."

Ummi hanya mengangguk sahaja dan hanya dapat menghantar Jannah di pintu wad bersAlin. Ummi melihat Jannah sangat sebak dan airmatAnya begitu laju merembes keluar seperti tidak rela untuk berpisah dengan ummi.

************************************************************

"Jannah...Jannah...Jannah...."

"Alhamdulillah. Amar dah sedar..."

"Ummi, Jannah mana.? "

Begitu sayu hati Amar apabila Mengetahui Jannah telah pergi dahulu menghadap Illahi. Jannah telah bertarung nyawa ketika melahirkAn anak perempuan mereka, iaitu Miftahul Jannah. Doktor mengesahkan bahawa keadaan Jannah sangat lemah ketika itu dan dia kehilangan banyak darah.

Airmata tak lekang jatuh membasahi pipi Amar mengenangkan isteri yang sudah pergi buat selamanya. Rasa bersalah masih menyelubungi dirinya. Disaat dia masih terlantar sakit di atas katil, Jannah pulak sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

*************************************************************

Kini, genap setahun pemergian Jannah dan Amar sudah redha atas pemergian isteri tercintanya.

"Miftahul Jannah, kau adalah anugerah terindah yang Allah titipkan buatku. Walaupun Allah hanya meminjamkan dirimu sebentar cuma, namun banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untuk aku. Terima kasih sayang kerana menjadi penyeri hidupku selama ini. Benarlah, orAng yang kita sayang jugak adalah ujian. Allah lebih sayangkan kau sayang. Mungkin tidak di dunia, namun pasti diakhirat kelak kita akan menemukan kebahagiaan.Mungkin juga jodoh kita di dunia tidak berpanjangan, namun aku percAya, di akhirat kelak kita pasti berjumpa. Sayang seandainya kau tidak jumpa aku di akhirat, cari aku dan tarik tAngan aku...Dan terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang puteri yang sangat comel persis kau. Buat isteriku, tenanglah kau di SANA...Al-Fatihah..."

-Tamat-


P/s: Benarlah orang yang kita sayang itu jugak suatu ujian buat kita. Kadang Allah hanya meminjamkan sedikit nikmat dan nikmat itu hanya sementara supAya kita lebih tahu erti bersyukur dan menghargai...

Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku. Aku hanya buat olahan sedikit kisah ini. Maaf atas kekurangan. Banyak lagi yang perlu dibelajar.