Monday, August 22, 2016

::: A.K.U :::

Assalamualaikum....

Gelap malam yang pekat ditemani dengan angin kuat dan hujan lebat. Hanya atap zink rumah yang menjadi penghalang antara aku dan hujan. Bersyukurnya aku kerana aku maseh punya tempat untuk berlindung, sedangkan di luar sana maseh ramai yang hidup dalam kesusahan dan tiada tempat untuk berlindung.

*Aku memperbetulkan posture duduk aku*

Aku kalau ingin menulis aku akan terus menulis. Menulis apa sahaja yang aku rasa. Sebab aku bukan setabah yang orang fikirkan. Bukan Sesabar yang orang sangkakan. Mencari kekuatan dan semangat dengan menulis. Kadang, seseorang yang nampak hebat menulis itu bukanlah seorang yang tiada masalah, bukanlah seorang yang hebat, bukanlah seorang yang kuat. Tetapi, dia tahu di dunia nyata dia sangat lemah dan mencari kekuatan dengan menulis. Mencuba memotivasikan diri sendiri dengan kata kata yang di bina dalam penulisannya sendiri.

Pernah suatu ketika, seorang sahabat memesan kepadaku:,

"Andai kau ditimpa musibah, istighfarlah. Andai doadoa mu tidak dimakbulkan, istighfarlah. Dalam keadaan apa jua kehidupanmu, jangan pernah lupa untuk istighfar..."

*Cuba memperbetulkan spect mata aku*

Hujan maseh menjadi saksi untuk aku menulis pada malam ini. Terkadang kita jugak memerlukan hujan. Terkadang kita jugak memerlukan matahari. Tapi, bila matahari begitu yakin memancarkan sinarnya, kita mula mengeluh itu ini. Dan bila hujan yang turun memberi kelembapan kita jugak akan mengeluh.. *Manusia*

Manusia...Aku.. kau...Kita...

Dalam kehidupan ini, begitu banyak yang aku pinta. Begitu banyak yang aku inginkan. Teman, sahabat, kesenangan hati, petunjuk, kebahagiaan, dan lain lain lagi. Kadang, meminta di luar logik akal aku sendiri. Di luar kuasa aku. Pernah suatu ketika itu jugak aku terfikir, seandainya segala yang aku pinta itu, segala yang aku inginkan itu perlu di bayAr, mampukah aku??? Seandainya kenangan lalu itu boleh di beli dengan wang ringgit, bisakah aku??? Seandainya aku tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, maseh mampu dan bisakah aku untuk fix kan semuanya hari ini dan hari esok??? Aku tanya sekali lagi pada diriku sendiri, MAMPUKAH AKU????

Sudah lama aku terlena. Alpa dan leka. Hanyut dalam kelalaian. Terpana dengan kesedihan dan teruja dengan kegembiraan. Bila dalam kesusahan dan kesedihan baru merangkak rangkak mencAri Tuhan. Hamba yang tidak tahu malu. Hanya tahu meminta minta pada Tuhan bila diuji dengan ujian masalah. *Cuba menggosok mata yang tidak gatal*

Aku katakan dengan diriku sendiri, bukan pintaku untuk hanyut. Bukan mahuku untuk terus terlena. Dan bukan jugak hasratku untuk terus terleka. Namun jeritan batinku menggegar sukma. Imanku rapuh. Hatiku lemah. Goyah. *Mata mula berkaca*

Aku mula bertanya kepada diriku sendiri. Memang bukan pintaku, mahuku, dan hasratku untuk semua ini, namun sejauh manakah usaha ku untuk terus utuh? Aku bilang kepada diriku, sejauh manakah tindakan ku untuk terus teguh agarku tetap istiqomah? Supaya aku tetap sabar dan tabah. Tidak kira masa, apa jua keadaan dan ujian.

Aku mula berbisik pada diriku sendiri. Dimalam yang pekat ini, aku mula refleksi diri. Jangan pernah salahkan takdir. Jangan pernah salahkan orang lain. Jangan pernah salahkan orang yang pernah muncul dalam hidup kita. Jangan pernah...Apa yang aku dapat ini, padanlah dengan apa yang aku lakukan selama ini. Padanlah dengan diriku apa yang diterima. Jangan mahu mengeluh itu ini kerana sesuailah dengan aku. Meskipun jeritan hatiku meronta sebaliknya, meskipun akalku cuba menafikan semuanya, namun apa yang berlaku sangat mustahil untuk diputar kembali. Biarpun aku punya duit berjuta juta billion, tetap diluar kuasa aku untuk memutar kembali apa yang telah terjadi. Percayalah, semua yang terjadi pasti bersebab dan ada hikmahnya. Tetaplah beristighfar dalam apa jua keadaan yang datang menduga. Latihlah diri agar terus istiqomah ke arah yang lebih baik. Jangan pernah patah hati dengan ujian dan keadaan.

Semoga Allah memberi aku petunjuk untuk aku pulang ke jalan-Nya. Semoga Allah akan terus membimbingku ke arah keredhaan-Nya. Semoga Allah memberi aku peluang untuk memenangi cinta-Nya. Dan semoga diri ini akan menjadi insan yang memanfaatkan peluang dan hayat yang ada.


Monday, June 13, 2016

Random Cerpen --> Cik Kopi Mr Secret


Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang dan Adriana masih lagi berlegar-legar seorang diri di bandar Fajar tersebut. Kaki di ayun begitu perlahan menuju ke gerai minuman yang berhampiran dengan tempat kerjanya. 

"Mocha Coffee satu." Pinta Adriana. 

"Dengan tambahan aiskrim coklat dan oreo di atasnya." Lanjut pelayan lelaki tersebut. 

"Hahaha, kamu sudah hafal apa yang saya mahu." Tambah Adriana.

"Gila tak hafal. Asal datang ke gerai kami, itu sahaja yang selalu awak pesankan cik. " Jawab pelayan gerai tersebut.

" Dah suka. Nak buat macam mana lagi. " Balas Adriana.

"Suka ka atau sudah mula jatuh cinta dengan kopi gerai kami ni. Hehehe. " Bidas Pelayan itu.

"Hamboiiii. Saya memang dari dulu lagilah suka minum kopi. Dah cepat buatkan Mocha saya. Haus tau." Arah Adriana.

"Baiklah cik kopi yang comel." 

****

Adriana yang baru sahaja memesan mocha coffee gerai tersebut mengambil tempat duduk di meja paling belakang kerana dia sudah biasa untuk lepak seorang diri di situ. Sesekali dia memperbetulkan kacamata rabunnya. Sesekali juga dia memperbetulkan selendangnya yang ditiup angin petang itu. 

Tidak jauh dari tempat duduk Adriana, pelayan lelaki gerai tersebut yang sering mengambil order Adriana hanya memerhatikan gelagat Adriana. 'Comel' bisik hati pelayan tersebut. 

"Hai Cik Kopi. Mocha awak dah siap."

"Saya pesan Mocha sahajakan. Kenapa ada fried fries ni?"

"Takpa. Saya belanja awak okey."

"Lah, kalau tahu tadi nak belanja, saya nak mintak belanja donut big apple kat belakang tu ha. Hehehe" 

"Hamboi..."

"By the way, terima kasih. Semoga murah rezeki"

Pelayan lelaki tersebut hanya mengukir senyum kepada Adriana dan berlalu meninggalkan Adriana dimejanya.

Sesekali Adriana meneguk Mocha tersebut dan sesekali juga dia mengunyah fried fries tersebut. 
'Sedap, seperti selalu. RasanYa sangat kaw kaw' Puji Adriana. Tangannya pulak tak henti-henti menekan punat telefon bimbitnya. 


*************************************************************

Pagi ini, nasib Adriana tidak begitu baik. Dari kejauhan, dia sudah melihat kelibat Kereta Mercedes milik bosnya, iaitu Mr Charles. 

'Tu la kau Ad. Siapa suruh minum kopi lagi semalam. Kan susah nak tidur malam. Akhirnya pagi ni bangun lambat.' Bebelnya sendiri. 

Belum sempat Adriana melabuhkan punggung di kerusi, MR Charles sudah memanggilnya terlebih melalui intercom telefon di meja kerjanya. 

"Adriana Binti Adrian, jumpa saya sekarang ! "

"Adriana ! Kali ni apa lagi alasan awak datang lambat? Jangan fikir saya tidak tahu yang awak ni suka datang lambatkan? Tu satu hal. Portfolio company  yang saya mintak semalam kenapa awak belum bagi lagi?"

"Tentang portfolio company tu saya belum habis buat lagi bos. Ada benda belum settle... Ar ar ar...."

"Ar...ar...ar.... Apa? Cakap sajalah yang awak belum siApkan. Saya tidak mahu dengar alasan awak. Saya nak sebelum lunch hour report tu mesti ada dekat atas meja saya. Faham ?!!!!!"

"Ok. Faham..."

Adriana masih tekun menyiapkan report yang Mr Charles mahukan. Dia hanya ada masa dua jam saja lagi sebelum lunch hour. Kalau dia tidak siapkan jugak, memang kaw kaw lah dia kena. 

Ibarat cacing kepanasan Adriana membuat kerja. Seperti ibu kehilangan anak pun ada. Mana tidaknya, tidak sampai lima minit duduk di kerusi, dia berdiri lagi menuju ke stor untuk mencari dokumen lama tentang company tempat kerjanya. Mana nak siapkan invoice customer lagi. Mr. Chin lagi yang selalu intercom dia untuk semakkan harga barang customer. Naik gila dia dibuatnya.

"Kau nak aku tolong ka Ad?" Sampuk Anis. 

"Takpelah Nis. Aku boleh buat. Sikit saja lagi ni. Lepas aku double check, dah boleh print. Dan boleh bagi sudah dengan si Singa dekat bawah tu."

"Bos kesayangan kau kan. Hmmm, yala Ad kalau kau tidak mahu ditolong. Goodluck"

Adriana seakan-akan mahu memberhentikan saja masa pada waktu itu. Apa pun yang terjadi dia kena siapkan report itu. Begitu bersungguh sungguh Adriana membuat double check. Sekejap sekejap dia membelek belek fail. Sekejap sekejap tangannya lincah menekan nekan keyboard komputer. 

"Yes. Finally siap !!!!!!. " 

**************

'Knock Knock Knock....'

"Ya Cik Adriana Adrian" 

"Bos ni report portfolio company saya sudah siapkan. "

"Tadi pagi saya cakap sebelum lunch hour kan? Ni sekarang dah pukul berapa?"

"12.03 minit"

"Tahu pun. Saya nak sebelum lunch hour. Means sebelum jam 12 tengah hari report ni kena ada dengan saya. Paling lewat pun 11.50 pagi. Awak bagi saya lambat. 12.03 tengah hari baru awak bagi saya. "

" At least saya dah bagi pun kan. Bukannya tak bagi. Saya lambat pun bersebab. Nak issue invoice lagi. Nak turun tangga lagi pergi bilik bos. Turun tangga pun  memakan masa..."

"Tak sah kalau kau tidak menjawabkan Adriana. Siapa bos, sayakah atau awak"

"Boslah bos. Saya cuma kuli je..."

"Dah. Awak boleh keluar dari bilik saya. " 

*******

Hari berlalu demi hari. Minggu berganti demi minggu. Sebulan berlalu bagaikan tidak terasa. Adriana mengelamun panjang sehingga tidak menyedari pelayan lelaki itu datang menghampiri tempat duduknya. 

"Lama cik kopi tidak datang gerai kami. Dah tak sudikah nak rasa air yang saya buat."

"Eh awak ni. Terkejut saya tau. Bukan macam tulah awak. Saya sibuk beberapa minggu ni. Banyak kerja kena siapkan. By the way, stop to calling me cik kopi. Tak suka la"

"Kenapa tak suka ? Awak kan suka kopi. Coffee hunter. Hehehe" 

"Saya ada namalah. Hmmmm"

"Adriana right? Nama awak Adriana kan?"

"Aik, macam mana awak tahu nama saya? "

"Saya pernah nampak awak. Masa tu awak duduk macam ni lah sambil menghayal. Entah apa saja yang khayalkan"

"Awak nampak saya dekat mana ha? Takkan awak nampak saya terus awak dah tahu nama saya"


*Flashback dua bulan yang lalu......*

:: Klinik Dr. Fatin ::


"Adriana...."
"Adriana...."
"Adriana...."

Tiga kali nurse itu memanggil-manggil nama Adriana, namun dia tidak mengendahkan. Fikirannya melayang entah kemana. Dia hanya memandang keluar pintu klinik itu sahaja. Sikap yang suka mengelamun itu sudah menjadi habit dalam dirinya..

"Cik, nama cik kah yang nurse tu panggil?"
Sapa seorang lelaki yang sedari tadi hanya memerhatikan Adriana.

"Oh ya. Sorry. Saya tidak perasaan." Jawab Adriana. 

Adriana terus berlalu menuju ke bilik doktor setelah menyedari namanya dipanggil. Sudah tiba gilirannya untuk bertemu dengan doktor Fatin, doktor kesayangannya. 

"Assalamualaikum, Adriana... Hari ini kesehatan awak macam mana? Ada perubahan?"

"Waalaikumsalam Doktor. Alhamdulillah, ada perubahan. Tapi batuk saya ni masih tidak sembuh lagi. Dada saya pun masih terasa sakit bila batuk."

"Awak ada makan juga ka ubat yang saya bagi tu? Selagi batuk awak tidak berhenti, selagi itulah juga dada awak akan terasa sakit."

"Ada jugak doktor"

"Tak pa kalau macam itu. Nanti saya akan bagi awak ubat keradangan. Nafas awak macam mana? Asma awak ada datang lagi ka? Inhaler tu awak ada guna juga?"

"Hmmmmm..... Ada ada.."

"Nanti awak ambil ubat dekat kaunter ya. Jumpa dengan nurse dekat situ, dan ambil MC awak sekali..."

****

"Dah ingat? Masa tu awak pergi klinik Dr Fatin kan? Tiga kali nurse tu panggil awak, tapi awak langsung tak dengar"

"Maksudnya, lelaki yAng tegur saya masa tu awaklah ya?"

"Yups"

"Kuat jugak ingatan awak kan. Sampai sekarang awak masih ingat saya lagi. Apa yang buat awak masih ingat nama saya dan wajah saya?"

"Well, you know me. Hehehe. Entahlah. Tapi nama tu sampai sekarang saya ingat. Yang buat saya ingat wajah awak, kening awak tu. Saya kenal sangat. Tebal macam hutan. Heheh. First yang awak datang gerai mula-mula dulu, saya excited tau sebab saya rasa saya memang pernah nampak awak. Mahu jugak tegur awak masa di klinik dulu, tapi saya segan dan malu. Tapi saya tegur jugak sebab awak tak dengar nama awak di panggil. Pekak jugak awak ni kan. Hehehe Dan tak sangka pulak awak akan datang gerai dan menjadi regular customer gerai kami. Hehehe"

"Oh.... Tak sangka pulak kan. Kebetulan. Hehehe"

"By the way, awak boleh panggil saya ILham. Nama penuh Mohd Ilham...hehe"

"Saya tak tanya pun la..hehe"

"Hamboii..Boleh saya mintak number telefon awak? Serius, saya nak berkenalan dengan awak. Dari mula-mula saya tengok awak dulu, hati saya terdetik nak kenal dengan awak. Saya tahu awak mesti akan jawab, kita kan dah kenal"

"Hahahaha. Tau-Tau je awak ni kan. Bagi sebab kenapa nak kenal dengan saya?"

"Sebab saya ikhlas nak berkawan dengan awak dan saya yakin satu hari nanti awak pasti akan jatuh cinta dengan saya. Hehe"

Perkataan Jatuh cinta yang keluar dari mulut Ilham membuatkan dia terdiam. Dia tidAk memberi respon apa-apa. Hanya tunduk diam. 

"Awak saya balik dulu. Saya dah lambat. Ni number telefon sayA"


*************************************************************

Sejak dari hari itu, Adriana tidak pernah berkunjung lagi ke gerai Ilham. Setiap mesej yang di hantar oleh Ilham langsung dia tidak peduli. Sebulan berlalu tanpa sebarang jawapan menyebabkan Ilham dilema dengan pelbagai pertanyaan. 

"Adriana, please. Jangan macam ini. 
Saya benar-benar sukakan awak.
 Saya ikhlas mahu berkawan dengan awak. 
Saya perlukan jawapan dari awak 
sebelum saya tinggalkan Malaysia"

"Adriana answer me please. "


*Seminggu kemudian....*


"Assalamualaikum ILham. 
Maaf kerana saya lama berdiam diri 
dan membuat awak tertunggu tunggu jawapan dari saya. 
Sejujurnya saya sangat berterima kasih kepada awak kerana awak sudi 
dan mahu berkenalan dengan saya. 
Saya boleh terima awak sebagai kawan saya,
 tapi untuk lebih dari itu saya belum bersedia. 
Saya belum bersedia untuk jatuh cinta lagi kerana 
pengalaman lalu saya membuatkan saya serik untuk bercinta lagi. 
Saya takut kecewa. Saya sudah hilang kepercayaan kepada lelaki. 
Tidak mudah untuk saya membina semula kepercayaan saya kepada lelaki 
setelah hati saya di hancurkan berkali-kali. 
Sakit. Bagi saya semua lelaki sama sahaja. 
Mereka hanya mahu mempermainkan perasaan perempuan. 
Saya harap awak faham..."


*Sejam kemudian....*


"Cik Adriana. Listen.
 Tidak semua lelAki itu sama. 
Awak tak boleh cakap macam itu. 
Sampai bila awak nak tutup hati awak 
dan salahkan lelaki hanya kerana masa lalu awak sahaja.
 Bagi sayA peluang Adriana. 
Saya betul-betul ikhlas nAk berkawan dengan awak. 
Saya akan buktikan pada awak tidak semua lelaki sama, 
but please give me peluang untuk mengenali awak. "


*****

Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan dan berlalu begitu sahaja. Dan hari ini Adriana tekad untuk ke gerai tempat Ilham bekerja dan memberitahu bahawa dia sudah bersedia untuk berkawan dengan Ilham. Bersedia untuk memberi peluang kepada ILham. Dari kejauhan dia melihat ramai pengunjung yang mengunjungi gerai tersebut. Semua meja dipenuhi pengunjung kecuali meja yang dia selalu lepak. Hanya meja itu yang kosong. Matanya liar mencari kelibat Ilham namun tiada. 

"Kak Adriana kan? Lamanya tak jumpa akak. Akak dah sombong erk sekarang. Tak pernah dah datang ke gerai kami"

"Ya saya. Maaflah dik. Akak sibuk sangat. Hmmmmm, by the way Ilham mana? Dari tadi akak cari dia tapi tak nampak." 

Pelayan itu hanya diam sahaja. 

"By the way, kak nak minum apa? "

"Macam biasalah dik. Mocha coffee plus aiskrim coklat oreo."

"Maaflah kak. Menu tu kami dah tak jual. Hanya Bos kami saja yang terer buat air tu. Lagipun dia memang tak nak kami jual menu tu sudah.?"

"Bos? Kenapa pulak .?

"Encik Ilham tu sebenarnya bos kami. Dia owner gerai ni. Kak tak tahu ka? Dia cakap menu tu special hanya untuk akak saja. Akak order la minuman lain ek. Strawberry Coklat ni pun sedap. Ramai customer order"

"Yala dik. "


********

Kini Adriana menanggung sejuta pertanyaan. Ilham meninggalkannya dengan pelbagai persoalan. Setibanya di rumah, Dia membaringkan badannya di atas katil dan menutup mata sambil mengeluh panjang. Dan dia baru teringat adik itu ada memberinya sebuah nota sebelum dia berlalu meninggalkan gerai tersebut. Perlahan-lahan dia membuka nota tersebut.

To Cik Kopi a.k.a Adriana yang comel si kening tebal pipi tembam, 
saat kau membaca nota aku mungkin aku sudah tiada di Malaysia. 
Dalam tempoh beberapa tahun ini jugak 
mungkin kau tidak akan jumpa aku lagi, 
tapi aku sudah berjanji kepada diriku sendiri 
yang aku akan kembali ke Malaysia untuk menjadikan kau sebagai isteriku.
 InshaAllah. 
Aku harap kau akan tunggu aku. 
Dan aku tahu bahawa kau jugak sudah mula jatuh cinta dengan aku 
tapi kau masih takut untuk menyatakannya. 
Takpa aku faham. Kau hanya perlukan masa 
dan aku tidak mahu terlalu mendesak kau untuk terima aku.
 Seriusly Adriana, aku memang suka dan sayang dengan kau. 
Niatku ikhlas dan ingin mengahwinimu. 
Jika kau rindu aku, kau datanglah ke gerai ku. 
Meja yang selalu kau duduk itu, 
hanya kau saja yang boleh lepak di situ. 
Tapi maaf, mocha coffee kegemaranmu itu sudah tidak dijual digerai aku. 
Aku tidak mahu kau terlalu meminum kopi. 
Too much caffein is not good for the body. 
Aku sayang kau Adriana. 
Dan bila aku balik Malaysia nanti, 
aku akan buatkan yang special untuk kau. Aku janji. 
Lagi satu aku ingin pesan, kau jangan terlalu meminum minuman sejuk. 
Aku tahu kau ada asma. 
Aku tidak mahu kau sakit.
 Inhaler tu kau kena bawa selalu. 
Aku tahu, kau mesti tertanya-tanya sekarang ni 
macam mana aku tahu kan ? 
Suatu hari nanti kau pasti tahu jugak. 
I think i gonna go. 
InshaAllah ada jodoh kita pasti berjumpa dan kau akan jadi milikku. Amin

With Love,
Ilham. 



****

Sekali lagi Adriana diuji dengan persoalan. 

'Siapa kau sebenarnya Ilham. Belum sempat aku menyatakan isi hatiku dan memberitahumu yang aku sudah bersedia, kau telah pergi meninggalkan aku. Kau pergi mana?'

Ditinggalkan dengan pelbagai soalan membuat hati Adriana bertambah pilu. Tanpa dia sedar, airmata mengalir jatuh ke pipi tembamnya. 


************************************************************

:: Tiga Tahun Kemudian...::

Hari hari yang dilalui oleh Adriana kini terasa sepi. Tiga tahun sudah berlalu dan dia masih setia menanti Ilham. Menanti Ilham untuk menepati janjinya. Dia tidak melayan mana-mana lelaki yang ingin dekat dengan dia kerana hatinya hanya untuk Ilham sahaja. 

"Ad, kau yakin ka si Ilham tu akan kembali dan cari kau? Entah entah dia sudah kahwin Ad dan dah ada anak. Tiga tahun kot kamu langsung tidak contact"

"Hati aku kuat menyatakan yang dia akan cari aku Anis. Aku yakin."

"Aku bukan apa Ad. Aku cuma kasihan kan kau saja. Menanti suatu yang tidak pasti. Padahal, ramai lelaki yang nak kan kau. Ingat Ad, umur kau tu dah nak masuk 27 tahun. Jangan menunggu lama sangat"

"Hati aku hanya untuk Ilham Anis. Aku tak kisah sangat dengan umur aku ni. Ramai lagi yang lagi tua dari aku dan belum berkahwin. Rileks k. " 

"Ermmm, yala Ad. By the way, lepas kerja ni kau terus balik ka?"

"Tak kot. Mungkin terus balik rumah. Esok sajalah aku singgah gerai Ilham."

Malam itu selepas menunaikan solat Isyak, Adriana bermuhasabah diri seketika. Bermunajat kepada Tuhan. Sungguh, hatinya lemah saat itu. Dia hanya mampu berdoa dan meminta kepada Tuhan agar Hubungannya dijaga dan hatinya tetap dipelihara. Dia benar-benar rindukan ILham. 

"Ya Allah,
Jika dia, Adalah yang terbaik buatku, dekatkanlah.
Permudahkanlah hubungan kami, redhailah hubungan kami.
Tapi jika dia bukan terbaik, berilah aku petanda. 
Jauhkanlah kami, pisahkanlah kami.
Tutuplah hatiku buat dia. 
Dan permudahkanlah aku untuk melupakan dia."

"Ya Allah,
Sampaikanlah salam kerinduanku
Buat Mohd Ilham Bin Lukhman."



*******

"Hye adik bagi akak Strawberry Coklat okey." 

 "Set kak Ad. 5 minit okey"

Adriana tekun memain game candy crushnya sementara menunggu minumannya sampai. 

"Kak Ad, air dah sampai."

"Akak  tak order coffee pun kan"

"Tahu... Selamat menikmati Mocha coffee ini"

Adriana menjadi hairan dan tertanya-tanya. Sudah lama dia tidak memesan dan meminum coffee. Adik itu ada memberinya sebuah nota kecil.


"To Cik Mocha Coffee, tegukkan dan rasakan coffee ini. 
Aku harap kamu menyukainya. 
Aku ingin mengembalikan senyuman kamu. 
Aku tidak ingin melihat gadis kesayanganku 
bersedih atas kepergianku...."


Adriana segera meneguk dan merasakan Mocha Coffee tersebut. 

'Gulp'

Rasanya persis seperti yang ILham buat. Tidak ubah seperti tiga tahun yang lalu. Mocha Coffee Aiskrim coklat plus oreo.

'ILham.' Bisik hatinya.

Dia segera berdiri dari kerusi untuk mencari kelibat ILham. Matanya Iiar memandang setiap kawasan tersebut. 

"Cik Kopi A.k.a Adriana si kening tebal macam hutan pipi tembam"

Adriana menoleh ke belakang untuk mencari suara itu. Suara yang sangat dia kenal

"Ilham"

Berkaca-kaca mata Adriana tatkala melihat Ilham kini benar-benar berdiri dihadapannya. Insan yang sangat dia rindu. Bagaikan mimpi. 

"Adriana, aku datang untuk menepati janjiku. Aku datang untuk melengkapkan hidupmu seperti Mocha Coffee dan mengembalikan senyuman manismu seperti aiskrim coklat plus oreo. Semuanya bercampur menjadi satu dan saling melengkapi. I love you Adriana"

Adriana tertunduk malu. Setitis airmata mendarat laju di pipi tembamnya. 

"Awak, jangan pergi lagi meninggalkan saya. Awak jahat. Dengan Mocha Coffee sekali awak pergi. Tiga tahun saya tidak minum coffee tahu!"

Ilham hanya tersenyum melihat gelagat comel Adriana yang seperti budak-budak.

******

"Awak sebenarnya pergi mana?"

"Pergi hati awak. Hehe"

"Serius la. Awak pergi mana"

"Hari ini aku akan ceritakan semuanya. Sebenarnya Aku pergi German. Kenapa aku pergi German? Aku pernah memohon programme work study dekat German. Masa aku mohon tu aku belum kenal kau. Bila permohonan aku di terima, kau pun muncul. Masa tu aku dua hati sama ada mau pergi atau tidak. Tapi aku pergi jugak sebab peluang ni hanya sekali sahaja dan aku juga ingin kumpul duit untuk pinang kau.."

Adriana membetulkan posture duduknya dan Ilham menyambung kembali penjelasannya.

"Mesti kau terkejut kan Gerai ni aku punya. Mesti kau terkejut jugak macam mana aku tahu kau ada asma. Sebenarnya Masa aku nampak kau di klinik Doktor Fatin dan masa di kaunter kau ambil ubat aku ada ternampak inhaler. So aku tanya2 lah nurse dekat situ. Dari situ aku tau kau ada asma. Hehehe. Sambung cerita pasal di German lagi. Sebenarnya, aku ni Doktor. "

"Ha, Doktor?"

Adriana tunduk dan terdiam. Entah mengapa dia tiba-tiba terasa segan dan malu dengan Ilham. 

"Awak Doktor. Then kenapa awak masih nak berkawan dengan saya lagi. Saya ni orang susah tau. Pendidikan pun tak tinggi. Kerja pun kerani sahaja. Awak tak rasa malukah berkawan dengan saya? Nanti apa kata kawan-kawan awak. Apa kata family awak."

"Ya ampun, Adriana. Listen okey. Saya bagi tahu awak semua ni bukan sebab saya bangga saya Doktor, bukan sebab saya nak tunjuk riak atau apa. Tapi saya tak nak sembunyikan apa-apa lagi dari awak. Saya terima awak seadanya seperti mana awak terima saya. Masa tu awak bukan tahu saya doktor kan? Awak cuma tahu saya ni pelayan gerai coffee. Saya ikhlas dengan awak Adriana. Saya betul betul sayangkan awak. Tentang family saya kawan-kawan saya awak jangan risau ya. Yang nak kahwin dengan awak saya, bukan mereka."

Adriana tidak tahu mahu berkata apa-apa lagi. Dia seperti terkejut. Dia hanya diam membisu sahaja.

*************

:: Sebulan Kemudian... ::

Akhirnya, ILham telah mengotakan janjinya untuk memperisterikan Adriana. Keluarga Ilham dapat menerima Adriana seadanya dan tidak kisah tentang latar belakangnya. Begitu jugak dengan keluarga Adriana.

Benarlah, Jodoh itu Rahsia Allah. Tidak semestinya orang yang dikenal bertahun-tahun adalah jodoh seseorang, dan tidak mustahil orang yang baru dikenal itu jugak adalah jodoh seseorang. Cinta itu juga tidak semestinya saling berhubung selalu dan contact selalu 24jam. Cukup doa yang menghubungkan. Dan cinta itu jugak bukan terletak pada jarak jauh atau dekat, tapi terletak pada kekuatan hati masing-masing untuk saling setia dan mempercayai. 

Dan kini Adriana bahagia berada di sisi ILham. ILham telah membawa Adriana ke German bersama-sama untuk menghabiskan sisa contract kerjanya yang masih ada dua tahun lagi.




~Tamat~














Monday, April 25, 2016

Random Cerpen

"Positive. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih ya Allah"

Hanya itu yang bisa Jannah ucapkan setelah mendapati dirinya sudah hamil. Mengetahui dirinya yang kini sudah mengandungkan anak kepada suaminya, Amar adalah berita yang paling gembira dan anugerah terindah buatnya. Jannah sudah tidak sabar untuk memberitahu Amar tentang berita gembira ini, tambahan lagi lusa adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang setahun dan bercadang untuk memberitahu Amar apabila suaminya sudah pulang dari outstation  di Kota Kinabalu.

kringgggg..... Kringggg........ Kringgggg.....

Hello, Assalamualaikum....
Waalaikumsalam....
Ini isteri Amar Asyraff ka?
Ya saya isteri dia. Miftahul Jannah.
Kami dari balai polis ingin memaklumkan bahawa suami puan terlibat dalam satu kemalangan dalam perjalanan dari kota kinabalu menuju ke Tawau.
Apa.??????!!!!!!!!

*************************************************************

Lima bulan berlalu selepas kemalangan itu, Amar masih tidak sedarkan diri. Jannah sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai seorang Account executive di sebuah syarikat swasta terkemuka di Tawau semata mata ingin menjaga suaminya dan berada di sisi suaminya. Jannah ingin menjadi orang pertama yang suaminya lihat apabila Amar sedar dari koma.

"Abang, sedarlah. Jannah ada berita gembira untuk bagi tahu abang. Jannah dah mengandung. Dah lima bulan abang. Mesti abang happy kan. Sedarlah abang..." Rintih Jannah sambil mengusap-usap tangan suaminya.

Setiap hari Jannah tidak bosan mengungkapkan ayat itu. Dan setiap kali itulah juga hati Jannah terusik dan butiran jernih akan mengalir di pipi mulus Jannah.

"Jannah, baliklah berehAt nak. Sehari suntuk dah Jannah dekat hospital ni. Makan pun mesti belum lagikan. Biar ummi lagi yang jaga Amar. Jannah balik berehat ya nak. Kesian baby dalam perut tu.."

"Takpa lah ummi. Jannah tak lapar lagi. Nanti kalau Jannah balik dan abg Amar sedar, mesti dia cari Jannah.."

"Jangan degil nak. Tengok muka tu pucat saja. Badan Jannah dah semakin kusut. Nanti kalau Amar dah sedar, ummi terus telefon Jannah. Dengar cakap ummi ya nak..."

"Hurmmmmm, baiklah ummi...."

*************************************************************

Hari berlalu demi hari. Dan bulan berganti demi bulan. Namun Amar masih tidak sedarkan diri. Jannah hanya kuatkan hati dan semangatnya demi kandungannya. Perit untuk dia lalui semua ini seorang ini. Jannah hanya mengharapkan suaminya, Amar akan segera sedar dari koma sebelum dia bersalin.

"Ummi !!!! Ummi !!!! Ummi !!!!! "

"Astagfirullahalazim, Jannah. Kenapa ni nak?"

"Perut JAnnah mi. Perut Jannah sakit. Sakit sangat mi "

Ummi segera pergi mendapatkan nurse yang berada di hospital itu.

Sepanjang perjalanan menuju ke wad bersalin, Jannah telah menitipkan pesan kepada Ummi.

"Ummi andai bayi yang keluar ini nanti adalah perempuan, tolong namakan dia persis dengan nama Jannah ya ummi, Miftahul Jannah. Dan seandainya bayi ini adalah lelaki, tolong namakan dia persis dengan nama arwah adik, Adam Alzaifah...Dan tolong sampaikan salam rindu Jannah buat abang Amar, sekiranya abang sedAr dari koma nanti..."

Ummi hanya mengangguk sahaja dan hanya dapat menghantar Jannah di pintu wad bersAlin. Ummi melihat Jannah sangat sebak dan airmatAnya begitu laju merembes keluar seperti tidak rela untuk berpisah dengan ummi.

************************************************************

"Jannah...Jannah...Jannah...."

"Alhamdulillah. Amar dah sedar..."

"Ummi, Jannah mana.? "

Begitu sayu hati Amar apabila Mengetahui Jannah telah pergi dahulu menghadap Illahi. Jannah telah bertarung nyawa ketika melahirkAn anak perempuan mereka, iaitu Miftahul Jannah. Doktor mengesahkan bahawa keadaan Jannah sangat lemah ketika itu dan dia kehilangan banyak darah.

Airmata tak lekang jatuh membasahi pipi Amar mengenangkan isteri yang sudah pergi buat selamanya. Rasa bersalah masih menyelubungi dirinya. Disaat dia masih terlantar sakit di atas katil, Jannah pulak sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.

*************************************************************

Kini, genap setahun pemergian Jannah dan Amar sudah redha atas pemergian isteri tercintanya.

"Miftahul Jannah, kau adalah anugerah terindah yang Allah titipkan buatku. Walaupun Allah hanya meminjamkan dirimu sebentar cuma, namun banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untuk aku. Terima kasih sayang kerana menjadi penyeri hidupku selama ini. Benarlah, orAng yang kita sayang jugak adalah ujian. Allah lebih sayangkan kau sayang. Mungkin tidak di dunia, namun pasti diakhirat kelak kita akan menemukan kebahagiaan.Mungkin juga jodoh kita di dunia tidak berpanjangan, namun aku percAya, di akhirat kelak kita pasti berjumpa. Sayang seandainya kau tidak jumpa aku di akhirat, cari aku dan tarik tAngan aku...Dan terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang puteri yang sangat comel persis kau. Buat isteriku, tenanglah kau di SANA...Al-Fatihah..."

-Tamat-


P/s: Benarlah orang yang kita sayang itu jugak suatu ujian buat kita. Kadang Allah hanya meminjamkan sedikit nikmat dan nikmat itu hanya sementara supAya kita lebih tahu erti bersyukur dan menghargai...

Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku. Aku hanya buat olahan sedikit kisah ini. Maaf atas kekurangan. Banyak lagi yang perlu dibelajar.


Friday, January 8, 2016

:: TETAPLAH BERBUAT BAIK ::

Assalamualaikum...

Suatu hari nanti, akan banyak perkara yang akan berubah tanpa aku sedari. Dan kadang-kadang hanya akan pergi tanpa sebab yang kukuh. Aku sebenarnya tiada idea mahu menulis. Tapi ada small voice inside me and speak, "Taiplah taiplah. Tulislah apa yang kau rasa..." Malam ini aku akan terus menaip walaupun aku sebenarnya tiada idea.

Apa yang ingin aku tulis atau ingin ku kongsikan adalah berdasarkan apa yang pernah aku alami dan jugak melalui apa yang dua biji mata aku ini melihat manusia manusia di sisa kehidupan ini. Dalam menyelusuri relung relung kehidupan ini, banyak benda yang akan kita jumpa, belajar realiti kehidupan, banyak cabaran yang akan kita hadapi dari tahun ke tahun. Dan apabila tiba sahaja awal tahun ramai manusia yang post tentang azam mereka, berkongsi dengan public apa yang ingin mereka kecapi pada tahun ini misalnya. Bila kita tengok balik, kenapa perlu ada spesific year untuk berazamkan? Kenapa tidak mulakan hari ini dan sebelum kita tidur. Walhal sepatutnya setiap hari kita perlu berazam untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya. Belajar buat yang terbaik dan paling baik untuk orang lain sebelum nyawa kita dicabut. 

Jika kita tidak bisa menjadi yang terbaik untuk orang lain, at least kita jangan menyusahkan hidup mereka. Melalui pengalaman hidup aku dan apa yang aku kutip pada tahun 2015, banyak benda yang aku belajar, belajar melepaskan sesuatu dengan hati yang redha walaupun sesuatu itu yang sangat kita sayang: 

Tidak semestinya apa yang kau lepaskan itu adalah kebahagiaan kau
Dalam meniti hari hari yang mendatang 
setiap hari kau akan berjumpa dengan "MELEPASKAN @ BERKORBAN"
Tapi, jangan pernah kau lupa.
Dengan semua benda/perkara yang kau selalu lepaskan dan berkorban
akan ada nanti satu benda yang tetap tinggal bersama dengan kau.

Jangan pernah bilang melepaskan itu suatu kerugian
dan jangan jugak pernah bilang berkorban itu sebab kau menyerah atau lemah
Tapi disitulah terletaknya keikhlasanmu dan kekuatan yang ada pada kau
yang jarang orang lain bisa lakukan. 
Ikhlaskan dan senyum. kau pasti bisa.

Kau buat semuanya sebab kebahagiaan orang lain
Ingin melihat orang lain terus tersenyum bahagia
Pasti suatu saat nanti orang lain jugak 
akan buat begitu dengan kau. Yakin sahaja

Dunia ini sentiasa berputar
Apa yang pernah kau beri akan deberikan semula
dan mungkin sahaja digantikan dalam kotak 
yang lebih istimewa dari sebelum ini.

Setiap hari berazamlah untuk jadi yang lebih baik dari semalam. Sebab kita ini adalah penulis perjalanan hidup sendiri. Maka tulislah yang baik baik dan bisa memberikan manfaat kepada orang lain. Melalui apa yang aku lihat, melepaskan demi kebahagiaan orang lain jugak bisa menggembirakan hati kita. Kenapa pulak cakap macam itu? Sebabnya bila niat kau sebab mahu tengok orang lain gembira, kegembiraan itu bisa berjangkit. Orang cakap gembira ini macam positif virus. Contohnya, hari ini kau lihat si polan dan si polan gembira dan berkahwin. Automatik rasa itu kau juga bisa rasa. pasti kau akan berkata yang baik baik tentang perkahwinan mereka bukan. Malah kau akan mendoakan kebahagiaan mereka. 

Dan hari ini contohnya kau gembira, senyum macam biasa, then bila nampak orang lain kau senyum. Automatik orang itu jugak akan senyum. Mungkin tidak sekarang, tapi siapa tahu selepas kau jalan baru dia akan senyum. Kalau senyumanmu tidak dibalas tidak apalah. ikhlaskan sahaja, Tiada kerugian apa apa. Sama jugak macam melepaskan atau berkorban. Kita bantu gembirakan hati orang lain, InshaAllah hati kita pasti terawat jugak.

Dalam menyelusuri roda roda kehidupan ini jugak, mata aku banyak melihat perkara. Aku perasaan bila sesuatu yang meninggalkan kita atau seseorang pergi meninggalkan dunia ini selamanya, perkara yang paling jelas bisa ku lihat adalah  bagaimana dia melayan kita. Dan paling berkesan adalah kebaikan mereka pada kita. It gave us such a deep feeling of losses.

Kesimpulannya, berilah kebaikan kepada orang lain walaupun hanya memberikannya segelas air putih. Ingatlah tangan yang menghulurkan sesuatu, air putih misalnya akan lebih dahulu buat seseorang itu tersenyum dan terasa lapang. Jika kita menghulurkan kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula mencari kita. Walaupun sebaik mana kita mencuba melakukan kebaikan itu, mungkin sahaja kebaikan itu tidak akan mengubah orang lain yang negatif terhadap kita. Jika apa yang kau lepaskan, berkorban dan melakukan kebaikan tetapi tidak dihargai, ikhlaskan sahaja. Melepaskan, berkorban dan kebaikan akan sentiasa menang walaupun dalam berbuat sesuatu dengan niat yang baik kita mungkin kelihatan kalah. Namun, melepaskan, berkorban dan kebaikan itu sebenarnya telahpun menggembirakan hati kita sendiri.

Sebelum tidur malam ini, refleksi semula apa yang pernah kita buat dengan orang lain. Bagaimana kita melayan orang lain. Jika kau pernah disakiti, tetaplah tersenyum dan pandanglah mereka dengan pandangan kaseh sayang, Pandang kebaikan dalam setiap keburukan, sebab seburuk buruk sesuatu ada baiknya. Dan berlapang dada dengan semua orang. Sebab ALLAH tidak akan cipta kelemahan seseorang melainkan untuk kita tampalkan dengan kebaikan.


P/s: Mulanya tiada idea. Idea sangat terhad. Tapi bila sudah rancak menulis, maka entry pun terhasil sepanjang ini. Apa apa pun semoga kita semua memperoleh ketenangan hati dan jiwa.