Tuesday, December 15, 2015

:: Pengemis Dan Pengutip Pengajaran ::

Assalamualaikum...

Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan. Terlalu banyak yang ingin aku cerita kan. Terlalu banyak yang ingin aku luahkan. Erk???? Aku hanyalah seorang hamba TUHAN yang punya gelaran PENDOSA TEGAR dan bakal jenazah yang akan mati pada bila bila masa sahaja. Punya impian dan keinginan yang sangat tinggi mahu mati dalam ketenangan. Aku bukan seorang sasterawati dan penulis skrip seperti dalam drama atau filem./Novel yang handal menyusun aksara, hebat bermain dengan metafora dan bijak menyusun plot cerita. Bukan. Aku hanya seorang pengutip pengajaran, dan pengemis ilmu/pengalaman di sepanjang perjalanan kehidupan aku. 

Sebagai seorang pengutip pengalaman di tepi jalan, banyak jenis cerita dan kisah hidup yang disajikan. Banyak jenis ragam manusia. Banyak jenis pengalaman. Hebatnya manusia itu bila dia dapat sembunyikan mendung di hati. Hebatnya manusia itu bila dia maseh mampu tersenyum walaupun hatinya sudah dilanda Tsunami yang dasyat. Hebatnya manusia itu bila dia maseh boleh positif dan nampak yang baik baik sahaja walaupun hatinya sudah remuk berkali kali. Hebatnya manusia itu bila mana dia boleh bersederhana dalam segala hal. Sederhana bukan bererti kita hidup biasa biasa sahaja. Tapi bersederhana dalam menikmati hidup dan berhadapan dengan suatu hal. Cumanya, kadang kita mudah alpa. Mudah tergoda dengan benda yang sementara. Apa yang orang lain ada, kita pun berlumba lumba untuk dapatkan. Suka mengejar sesuatu yang kita sendiri tidak pasti. Kenapa mereka ada yang aku tiada. Kenapa aku dan bukan mereka. Manusia, hatinya memang rapuh. Jangan biarkan kita terperangkap dengan perasaan mahu memiliki segalanya. Belajarlah untuk berjalan dengan rasa kehambaan dan rendah diri. Mengapa bila kita melihat orang yang berjaya, punya kerja yang baik, kita perlu dengki? Dan mengapa bila kita lihat orang yang kurang berjaya, kerjaya biasa biasa saja kita memandangnya dengan pandangan merendahkan dan menghina? Kerjaya orang lain jangan di hina.

"Biar apa pun kerjaya kita, tidak kira apa,
 jika halal sumbernya, dan Al-Quran jiwanya, 
InshaAllah itulah kerjaya yang terbaik untuk kita, 
kerjaya yang mampu dijadikan landasan ke syurga"
(Dr. Anwar Fazal)

Kadang, langkah kita disalah erti. Kadang mata kita silap. Kita menyangka bila kita tersepit dalam suatu masalah dan keadaan hanya manusia yang dapat tolong kita. Ada masanya kita tidak bisa bergantung dan berharap sepenuhnya dengan manusia kerana mereka jugak tetap manusia seperti kita. Sometimes we just have to pick ourself up and carry on. Bila aku atau kau ingin hadam sendiri masalah yang ada dan ingin menyendiri, orang mula bilang, "Kau jugak perlukan teman/kawan. Jangan sombong". Ya itu benar. Jangan suka bersangka-sangka dengan seseorang yang ingin menyendiri. Terkadang kita juga perlu belajar menyendiri, bukan bererti kita ingin menjauh manusia. Bukan jugak sebab sombong. Tapi manusia ni ada masa sendu dan pilu bukan? Ada orang, dia lebih selesa untuk menyendiri. Bukannya dia tidak mahu menghargai orang lain atau sesiapa yang ingin singsing lengan untuk membantunya. Tapi adakalanya dia ingin berehat dan muhasabah segalanya. Tapi hatinya tiada siapa yang tahu. Dalam diam, dia mungkin ingin mendekat dengan TUHAN dan memilih TUHAN daripada manusia. Jika dia tidak mahu menceritakan segala mendung dan kelam di hati, jangan dipaksa. Biarkan dia berehat kerana dia jugak manusia yang terkadang penat.

"Percayalah, 
kamu takkan mati hanya kerana kamu berdiri sendiri, 
 kamu mungkin cuma sunyi,
 tapi kalau kamu isi ruang itu buat Ilahi,
walau tanpa manusia di sisi, 
kamu pasti bisa buat sendiri,
berdiri di kaki sendiri,
 semuanya serba sendiri..."
(E.I)

Aku telah belajar banyak benda. Dan sampai nafas terakhir pun aku maseh dan tetap belajar. Kita hidup bukan atas solusi manusia. Kita hidup bukan atas takdir ciptaan manusia. Untuk apa terlalu mengejar manusia. Jangan terlalu mengejar kebahagiaan dan kejayaan untuk diri sendiri sehingga kita menyakiti hati orang lain dan lupa untuk menggembirakan orang di sekeliling kita. Belajarlah mendengar permasalahan orang lain tanpa menyinggung atau menyimpan perasaan riak dan merasakan ego kita adalah yang paling benar. Bersederhanalah sahaja dengan mengubah perspektif, cara pandangan, dan menerima teguran orang lain. Bahagia itu dijiwa. Bukan yang banyak bisa membahagiakan, kadang yang sedikit itu bisa menggembirakan. Dan kenapa perlu berlebih lebihan sedangkan bersederhana itu lebih indah dan manis. 

Even dalam berkawan pun tidak perlulah berlebih lebihan. Jangan paksa diri untuk jadi orang lain. Jadi diri sendiri sudah memadai. The important thing is not what we look like, but the role we play in our friends or others life. 



P/s: Aku tulis untuk remind diriku sendiri. Maseh banyak yang kurang dalam penulisan dan perkongsiaan aku ini. Maseh banyak yang buruk dan kurang dalam dirku. Aku maseh belajar. Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua. Kalau ada yang kurang itu adalah dari diriku sendiri. 


Monday, December 7, 2015

:: INILAH KEHIDUPAN ::

Assalamualaikum...

Orang kata, hidup ini susah dan penuh dengan masalah, penuh dengan ujian. Ya, zaman sekarang ini mana ada yang senangkan? Mana ada yang free kan? Semua serba serbi berbayar. (Kalau tak setuju, jangan teruskan bacaan). Kau mahu meluahkan rasa cinta, kaseh dan sayang pun bermodalkan air liur. Mahu susun ayat-ayat power rangers untuk mengurat sesiapa pun kau ambil masa kan? Mahu bernafas pada zaman sekarang ini pun susah. Sana sini kau menghidu asap rokok, pencemaran udara dan seumpamanya. Tambahan lagi sekarang ni asap vape ada di mana-mana. Itu belum lagi kau mahu hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa gossip-gossip dan cerita si polan bin si polan. Even kau tidak kenal pun, ada yang canang cerita kau kan? Perghhhhh, macam artis gitewww. 

This is life. Penuh ujian dan masalah. Selalu jugak kau dengarkan "Bukan hidup kalau tiada masalah dan ujian". Tidak bestlah hidup kalau tiada masalah kan. Kalau balik-balik mahu ambil jalan shortcut, tidak mencabarlah kan. Kalau balik-balik kau disuap, tidaklah kau merasa betapa indahnya hidup ini. Erk. Jalan hidup ini akan semakin jauh dan sukar kalau kita asyik-asyik mahu ambil jalan mudah dan jalan singkat.

Apa-apa pun yang kau dan kita lakukan kena usaha. Zaman yang serba serbi dihujug jari ni mana ada yang mudahkan. Kau mahu layari internet pun kena topup. Orang kata, kalau tidak kerja, macam mana mahu makan. Tak kan mahu tunggu duit atau makanan tu jatuh dari langit atau jatuh dari pokok kelapa. Sama jugak macam hikmah dan nikmat. Kalau kita tidak gali atau cari hikmah dan nikmat dalam setiap kesulitan itu, sampai bila-bila pun kita tidak jumpa dan rasa. Kalau kita takut berjalan di jalan yang panjang dan gelap, kita mana tahu apa yang menunggu di hadapan kan. Kita sangka jalan yang panjang itu menyusahkan, sedangkan jalan yang pintas itu adalah jalan yang lagi lagi dan lagi penuh cabaran dan ujian. Tapi zaman sekarang ni, hmmm. Semua mahu jalan yang pintas. Jangan pernah menyerah. Kalau orang lain naik lift atau escalator, biar kita sahaja yang naik tangga. Biar lambat, yang penting hasilnya berpanjangan dan hati terasa lapang.

Tanya diri kita semula. Kita mahu hidup susah sekali sahaja kah atau mahu susah kali kedua. (Alah, tak faham lah maksud mu). Okey, maksudnya macam ini. Kita hidup di dunia cuma sekali sahaja sebelum kita di hidupkan semula di alam yang kekal abadi, iaitu di alam barzakh. Dan kesusahan hidup ini kita akan rasa cuma sekali sahaja. Aku ambil contoh yang mudah (Hasil daripada pembacaanku)

Semua orang pernah tidurkan. Dan di dalam tidur kita, pasti ada yang pernah bermimpi bukan, Adakalanya, kita rasa kita macam lama saja mimpi kita tu, tapi bila kita terbangun rupanya kita baru tidur tidak sampai pun 4 atau 5 jam. Tapi rasa macam lama. Macam itulah jugak dengan kehidupan kita. Kita rasa masalah dan kesusahan yang kita alami itu lama, padahal di depan itu ada jalan penyelesaiannya. Tinggal kau mahu pilih sahaja sama ada mahu turn off atau turn on the light/switch. Kadang, kita rasa jugak life kita ni lama. Sedangkan, saat kematian kita semakin dekat nanti, kita akan rasa....(Mata masuk habuk)

Inilah kehidupan. Susahkah hidup pada zaman sekarang? Baik macam mana sekalipun kita mencuba, tapi mesti ada yang tidak suka dengan kita kan? Stress ka hidup macam ni??? Di tambah lagi orang yang suka menilai dan cakap-cakap itu ini. Pernah kah kita terfikir, orang yang suka bercerita pasal polan si polan ni benar-benar care atau saja ingin tahu/menyibuk. Berlapang dada sajalah dengan semua orang. Kehidupan sememangnya begini, Manusia sememangnya susah mahu dinilai dan ditafsir. Tapi kadang kita terlupa suatu perkara kan ? (Termasuk diriku sendiri). Setiap masalah, setiap kesakitan, setiap kepedihan, setiap ujian di dunia ini sebenarnya tidak lama. Aku ada terbaca satu hadis Rasulullah S.a.w yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan At Tirmidzi dari Abu Hurarirah RA:

"DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG BERIMAN, 
DAN SYURGA BAGI ORANG KAFIR"

Lebih kurang macam itu jugaklah kehidupan. Itulah sebabnya Allah meletakkan batas supaya kita selamat. Sebab Allah sayangkan kita. Susah di dunia, tidak semestinya menderita di akhirat kelak. Gembiranya hidup di dunia, tidak semestinya kekal sampai ke SANA kerana kita ada kehidupan kedua, iaitu semuanya kekal abadi. Tak kan kita mahu hancurkan life kedua kita kan. Kalau sekarang kita sudah enjoy berabis, habislah life kedua nanti tak fun. Tak kan kita mahu macam itu kan? 

Apa-apa pun, setiap kesusahan itu ada jalan penyelesaiannya. Lagi satu, Buruk macam mana sekalipun kita, jahat macam mana pun seseorang itu, kita tiada hak mahu menilai dan menentukan nasib seseorang kerana kita semua ini adalah pendosa, pendosa tanpa nokhtah. Pendosa yang sentiasa mengharapkan belas ehsan Allah dan pendosa yang ingin ke SYURGA-NYA.


P/S: Aku bukanlah orang baik dan bukannya orang alim. Hidup maseh terumbang ambing. Aku jugak seorang Pendosa dan hamba hina. Tapi aku suka bercerita bahawa Allah itu baik dan MAHA PENYAYANG. Selamat malam. Selamat beramal. 




Thursday, December 3, 2015

:: PILIHAN ::

Assalamualaikum...

Mata maseh melawan. Kesan melayan secawan kopi pekat. Oh mata please aku mahu tidur, tapi kau enggan jugak untuk beralah. Mari sini kau wahai mataku. Kita dating sampai pagi. Melayan setiap abjad abjad di papan kekunci ini. *Perbetulkan posture duduk*


Pernah putus cinta?
Pernah rasa down?
Pernah di tipu, dikhianati?
Pernah dikecewakan?
Pernah rasa mahu menangis sahaja?
Pernah rasa tidak selera mahu makan?
Pernah rasa segala rasa yang kau rasa? Erk?

Maaf, soalan itu bertubi tubi diajukan. Aku pun pernah rasa itu. Bukan kau, dia dia dia, kamu kamu kamu seorang sahaja yang pernah rasa. So? Move on lah. Kenapa mahu penjarakan hati dan diri sendiri di tempat yang sama. Relax la. *Pandai lah kau bercakap sana. Hebat dalam menaip, tapi tindakan kau??*

Ya, aku bukanlah orang yang tepat untuk mengajar sesiapa saja untuk move on sebab aku bukan doktor cinta atau pakar motivasi. Jauh sekali....

Sejujurnya, kadang kita lupa yang kita ini ada pilihan dalam hidup, sehinggakan kita menjadi fokus kepada benda yang tiada berbanding apa yang ada. Fahamkan? Memang, takdir hidup kita sudah ditentukan, tapi kita maseh punya pilihan bagaimana untuk menjalani takdir hidup yang telah tertulis. Kau tahu hidup ini cuma ada hitam dan putih, tapi kau maseh mahu pilih warna lain. Kau tahu semua itu, tapi kadang terlupa (Tertembak diri sendiri). Jangan terlalu menoleh ke belakang sampai terlupa untuk go forward. Kau rindu orang itu, tapi itu bukanlah tiket untuk kau di rindui semula. Kau sayang orang itu, tapi itu bukan jaminan untuk kau di sayangi semula. Kau suka dengan orang itu, tapi janganlah kau berharap kau akan disuka jugak sebab tiada hukum dalam dunia ini, kau rindu, sayang dan suka orang tu, dia pun kena rindu, sayang dan suka kau jugak balik.

Ah, aku mahu lari. Lari dari semua ini.

Larilah sejauh manapun kau mahu. You can run and as fast and as far as you like. But, the truth is, wherever you run, there you are. Jangan pentingkan hati sendiri acah acah mahu lari jauh kalau maseh tidak mahu move on. Move on atau go forward is your choices.

Bila di hina sikit down. Bila di sakiti sikit, fikiran menjadi tidak tentu arah. Aduiii, kenapa lembik sangat ni. Ada banyak sebab untuk kau jadi kuat. Bila di uji, kau tidak boleh lari. Tapi kena kuat untuk terus melangkah. Hati hanya menjadi tidak keruan dan hilang arah apabila kita tidak menempatkan Allah di hati kita dan utamakan DIA. Allahu'. (Kadang, kehadiran seseorang akan buat kita lupa DIA. Allahu'.Kita cuma pentingkan hati sendiri. Mata masuk habuk)

Somehow, ada perkara orang yang tidak faham kita, tidak faham dengan situasi yang sedang kita lalui, dan tidak faham apa sebenarnya yang kita mahu buat. Betul. Orang sangat sangat susah mahu faham orang lain. Then, mulalah ada yang assume itu ini. Kita ini pula satu, bila dikondem sikit terus tiada semangat mahu melangkah. Teruslah ndak mahu move on dan kurung diri dalam bilik sorang sorang layan lagu jiwang sampai menangis sehingga banjir bilik. Hello, come on my self. come on guys. Kita ada impian sendiri ba. Kenapa begitu mudahnya mengalah pada kata kata manusia?

Sejujurnya, mengalah itu perlu, tapi tengok jugak keadaan. Latih hati jadi kuat. Allah tidak ciptakan ujian itu suka suka sahaja. Pasti bersebab.

Sudahlah. Jangan mengalah dengan emosi sendiri. Sekarang ini bukan masalah orang tidak suka dengan kau, tidak suka dengan kita. Bukan jugak masalah siapa yang menyakiti dan disakiti. Semuanya berbalik pada hati. Pilihan di tangan sendiri. Selagi kita percaya pada perancangan DIA, pilihan DIA, selagi itu kita kena kuat, kena melangkah, dan kena sabar. Tenanglah dalam perkataan, bersangka yang baik baik sahaja. Nanti, Allah akan baiki jalan hidup kita dengan lebih cantik dan indah.

 Sudah. Jom tidur. Esok kerja. Sebelum tidur maafkan semua orang. Berlapang dada dengan semua. Selamat Malam.