Thursday, December 4, 2014

::: DIAM & JANGAN HUKUM :::

Assalamualaikum...


Manusia. Sifatnya memang suka mencari kesalahan orang lain. Itulah penyakit jiwa dan krisis hati yang selalu dihidapi oleh manusia. Memang sudah menjadi naluri dan tabiat manusia lebih cenderung membicarakan kesalahan orang lain berbanding membicarakan kesalahan diri sendiri.

Kita suka menghakimi.
Kita suka menuduh membuta tuli.
Kita suka bersangka-sangka even kita tidak mengenali.

Kita cuma mendengar cerita dia. Tapi kita bukan berada di tempatnya.
Kelodak di hatinya kita tahukah? Tidak bukan. Yang tahu hanya Dia dan Allah S.W.T sahaja.
Jadi kenapa mahu menghukumnya berlebih-lebihan???

Jangan bertuhankan diri sendiri.
Manusia, layan dia seperti manusia.

Hari ini mungkin dia cuma buat kesalahan kecil, dan kita menghukumnya berlebihan.
Tapi, andai esok kita yang melakukan kesalahan, apa yang kita nak mintak dengan orang???

Mintak Simpati???

Mintak Belas kasihan daripada orang???

Kita bukan manusia yang lahirnya sempurna. Tidak sayang. Jangan mencanang kesalahan orang seolah-olah kita tidak pernah melakukan kesilapan. Nanti diri sendiri yang menjadi malu.

"Kita Benci orang itu. Kita tidak suka orang itu. Tapi kita  rasa orang itu suka sangat kah dengan kita???"

Berlapang dada dengan semua orang. Kita tidak tahu seseorang jadi jangan cepat menghukumnya. Kita kena belajar untuk menerima semua dengan hati yang terbuka. Setiap manusia yang hadir dalam cerita hidup kita adalah bersebab untuk menjadikan kita Manusia dan sedar tujuan kita adalah untuk menjadi 'Hamba' dan bukannya untuk menjadi 'Hakim Dunia'. Bukan kerja kita untuk mencari silap orang.


Ya Allah, Siapalah kami untuk menghakimi orang lain bila hanya ENGKAU  sahaja yang selayaknya untuk menghakimi. Kurniakanlah kami hati yang sentiasa nampak yang baik-baik sahaja dari orang-orang yang kami kenali dan dekati.