Monday, August 22, 2016

::: A.K.U :::

Assalamualaikum....

Gelap malam yang pekat ditemani dengan angin kuat dan hujan lebat. Hanya atap zink rumah yang menjadi penghalang antara aku dan hujan. Bersyukurnya aku kerana aku maseh punya tempat untuk berlindung, sedangkan di luar sana maseh ramai yang hidup dalam kesusahan dan tiada tempat untuk berlindung.

*Aku memperbetulkan posture duduk aku*

Aku kalau ingin menulis aku akan terus menulis. Menulis apa sahaja yang aku rasa. Sebab aku bukan setabah yang orang fikirkan. Bukan Sesabar yang orang sangkakan. Mencari kekuatan dan semangat dengan menulis. Kadang, seseorang yang nampak hebat menulis itu bukanlah seorang yang tiada masalah, bukanlah seorang yang hebat, bukanlah seorang yang kuat. Tetapi, dia tahu di dunia nyata dia sangat lemah dan mencari kekuatan dengan menulis. Mencuba memotivasikan diri sendiri dengan kata kata yang di bina dalam penulisannya sendiri.

Pernah suatu ketika, seorang sahabat memesan kepadaku:,

"Andai kau ditimpa musibah, istighfarlah. Andai doadoa mu tidak dimakbulkan, istighfarlah. Dalam keadaan apa jua kehidupanmu, jangan pernah lupa untuk istighfar..."

*Cuba memperbetulkan spect mata aku*

Hujan maseh menjadi saksi untuk aku menulis pada malam ini. Terkadang kita jugak memerlukan hujan. Terkadang kita jugak memerlukan matahari. Tapi, bila matahari begitu yakin memancarkan sinarnya, kita mula mengeluh itu ini. Dan bila hujan yang turun memberi kelembapan kita jugak akan mengeluh.. *Manusia*

Manusia...Aku.. kau...Kita...

Dalam kehidupan ini, begitu banyak yang aku pinta. Begitu banyak yang aku inginkan. Teman, sahabat, kesenangan hati, petunjuk, kebahagiaan, dan lain lain lagi. Kadang, meminta di luar logik akal aku sendiri. Di luar kuasa aku. Pernah suatu ketika itu jugak aku terfikir, seandainya segala yang aku pinta itu, segala yang aku inginkan itu perlu di bayAr, mampukah aku??? Seandainya kenangan lalu itu boleh di beli dengan wang ringgit, bisakah aku??? Seandainya aku tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, maseh mampu dan bisakah aku untuk fix kan semuanya hari ini dan hari esok??? Aku tanya sekali lagi pada diriku sendiri, MAMPUKAH AKU????

Sudah lama aku terlena. Alpa dan leka. Hanyut dalam kelalaian. Terpana dengan kesedihan dan teruja dengan kegembiraan. Bila dalam kesusahan dan kesedihan baru merangkak rangkak mencAri Tuhan. Hamba yang tidak tahu malu. Hanya tahu meminta minta pada Tuhan bila diuji dengan ujian masalah. *Cuba menggosok mata yang tidak gatal*

Aku katakan dengan diriku sendiri, bukan pintaku untuk hanyut. Bukan mahuku untuk terus terlena. Dan bukan jugak hasratku untuk terus terleka. Namun jeritan batinku menggegar sukma. Imanku rapuh. Hatiku lemah. Goyah. *Mata mula berkaca*

Aku mula bertanya kepada diriku sendiri. Memang bukan pintaku, mahuku, dan hasratku untuk semua ini, namun sejauh manakah usaha ku untuk terus utuh? Aku bilang kepada diriku, sejauh manakah tindakan ku untuk terus teguh agarku tetap istiqomah? Supaya aku tetap sabar dan tabah. Tidak kira masa, apa jua keadaan dan ujian.

Aku mula berbisik pada diriku sendiri. Dimalam yang pekat ini, aku mula refleksi diri. Jangan pernah salahkan takdir. Jangan pernah salahkan orang lain. Jangan pernah salahkan orang yang pernah muncul dalam hidup kita. Jangan pernah...Apa yang aku dapat ini, padanlah dengan apa yang aku lakukan selama ini. Padanlah dengan diriku apa yang diterima. Jangan mahu mengeluh itu ini kerana sesuailah dengan aku. Meskipun jeritan hatiku meronta sebaliknya, meskipun akalku cuba menafikan semuanya, namun apa yang berlaku sangat mustahil untuk diputar kembali. Biarpun aku punya duit berjuta juta billion, tetap diluar kuasa aku untuk memutar kembali apa yang telah terjadi. Percayalah, semua yang terjadi pasti bersebab dan ada hikmahnya. Tetaplah beristighfar dalam apa jua keadaan yang datang menduga. Latihlah diri agar terus istiqomah ke arah yang lebih baik. Jangan pernah patah hati dengan ujian dan keadaan.

Semoga Allah memberi aku petunjuk untuk aku pulang ke jalan-Nya. Semoga Allah akan terus membimbingku ke arah keredhaan-Nya. Semoga Allah memberi aku peluang untuk memenangi cinta-Nya. Dan semoga diri ini akan menjadi insan yang memanfaatkan peluang dan hayat yang ada.