Tuesday, October 6, 2015

Hati Kita Akan Terus Diuji

Assalamualaikum

Hati kita akan terus diuji. Bezanya cuma ujian hati kita tidak sama. Senyum atau tangis, sedih atau gembira itu semuanya adalah acuan minda dan sahabat yang paling rapat dengan manusia. Semua rasa itu, sahabat itu akan terlahir tika kita diuji.

Jika kau tidak bisa ketawa dengan lawak yang sama, tidak bisa tersenyum dengan sapaan yang sama, kenapa maseh memilih untuk menangis, berduka, bersedih dengan masalah sama atau masalah lalu. Walhal, kau sendiri tahu ada masa depan yang perlu kau grab. Dan ada kegembiraan yang perlu kau raih.

'Ala, kau bercakap senanglah sebab kau bukan berada di tempat aku pun. Kau hanya tahu cakap cakap sahaja'

'Ya, memanglah aku tidak berada di tempatmu, tidak tahu isi hatimu kerana kita berjalan bukan dalam kasut yang sama. Size kaki kita pun lain lain bukan. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk kau berduka. Hari ini kau bersedih, tapi janganlah jadikan itu satu alasan untuk kau hidup sengsara pada masa depan'

Benar, tidak semudah kata bicara dan tidak semudah lafaz yang dikata. Aku menulis entry ini bukanlah mahu tunjukkan yang aku ini bijak pandai settle kan masalah, handal mengawal hati dan perasaan, dan tidak pernah bersedih. Ini berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri. Sepanjang hidup aku, banyak jenis manusia yang aku jumpa. Ada yang bertopeng dan ada yang natural. Tapi Allah tidak akan hantar seseorang itu dalam buku hidup kita tanpa sebab. Semuanya pasti bersebab.

Ada suatu ketika dahulu, aku begitu down. Pendam sendiri dan hadam sendiri kesedihan itu. Menangis tu biasalah bila sudah tidak dapat tahan rasa sedih itu. Tetapi aku sendiri tidak tahu bagaimana aku bisa cari kekuatan itu. Aku buat biasa biasa saja. Senyum dengan semua orang. Pandang semua orang dengan pandangan kaseh dan sayang. Mungkin sabar dan diam itu adalah cara terbaik untuk kita expressing rasa sedih dan masalah kita. Ujian itu nikmat. Ujian itu kebaikan kerana Allah lebih Maha Mengetahui. Setkan saja di hati dan otak kita positive minds. Kadang kita rasa masalah kita paling hebat. Kita yang paling sedih. Tapi cuba kita lihat di luar sana. Betapa ramai yang dilanda musibah lebih hebat dari kita. Kita ne cuma hati kita saja yang di uji.

Dan hati kita akan terus di uji. Ada suatu masa tu, hati aku di uji lagi. Tapi aku ada seorang sahabat yang tidak bosan bagi aku nasehat dan semangat. Jadi rapat hanya kerana meminati team bola sepak yang sama masa world cup. Dia ingatkan aku, guna semula kekuatan yang kau ada masa kau down dulu. Jangan jadi lemah. Dan selalulah ingat mati. Bila kau ingat mati hati kau akan rasa tenang. 'Jum, andai suatu masa nanti kau lupa dengan semua orang, jangan Sesekali kau lupa Allah. Jangan lupa yang kita jugak akan mati suatu hari nanti'. This words always i keep in my mind. Nasehatnya yang memberi kesan kepada aku till now. Terima kaseh sahabat.

Dan sehingga hari ini hati aku akan terus di uji. Allah telah menghantar seseorang dalam hidup aku. Orang yang kita sayang jugak itu adalah suatu ujian. Dan pandai pandailah mengawal hati dan perasaan. Dan bersedialah dengan apa saja ujian kerana hati kita akan terus di uji.




P/s: Walaupun kadang kadang ada salam yang tidak bersambut, ada 'chat' yang tidak di balas, walaupun kadang kadang rasa ini cuma aku saja yang rasa, namun aku maseh positive dengan keadaan.