Friday, July 18, 2014

:: Nukilan buatmu GAZA ::


GAZA…
Di saat kami menanti kedatangan Syawal dgn penuh kemeriahan,
Ada berita pilu yang menimpahmu di sana.
Pada tahun 2014 ini, sekali lagi kau telah menjadi tontonan dunia yang tidak ubah seperti dalam  sebuah cerita perang

GAZA…
Siang dan malam mu  kini sama sahaja
Tidurmu tidak pernah lena
Bom berdentum sana sini
Makan apa adanya Dek kerana derita

GAZA…
Tiada lagi keamanan di Tanahmu
Tiada lagi kedamaian yang tertinggal untukmu
Tiada lagi kesenangan yang diberikan buatmu
Di manakah hilangnya keamanan?
Di manakah lenyapnya sebuah kedamaian?
Di manakah  hilangnya rasa keperimanusiaan?
Kedamaian, dan keamanan telah dihancurkan oleh Kedajalan ZIONIST
Mereka tamak, mereka gila kuasa, mereka Sombong, mereka Kejam…
Layakkah mereka digelar Manusia???

GAZA...
Zionist telah meragut jutaan nyawa di tanahmu
Mereka telah merobek-robek isi perut si anak kecil yang tiada berdosa
Tangisan si anak kecil yang meraih simpati mereka endahkan
Mereka Kejam!!!
Suara si ibu tua yang tidak bermaya mereka tertawakan.
Ratapan si ibu yang sayu mereka jadikan bahan jenaka.
Kau Kejam Zionist!!! Kejam mu tiada tandingannya !!!

GAZA...
Bumi mu kini banjir dengan darah pejuangmu 
Darah pejuang yang mempertahankan agama
Berjuang kerana cintakan Syahid-Nya
Mempertahankan Baitulmaqdis, mempertahankan Masjid Al-AQsa yang telah menjadi kiblat pertama umat Islam
Pejuangmu Sanggup menggadaikan nyawa untuk menyingkirkan si durjana yang telah lama bermaharajalela di tanah mu 

GAZA...
Kau telah membuka mata dan hati ini
Seringkali kami merasakan kamilah paling derita...
Seringkali kami merasakan ujian dan dugaan ini terlalu berat
Seringkali tidak bersyukur apa adanya
Seringkali juga kami merungut itu ini....

Namun, penderitaan mu siapa mengerti???
Penderitaan mu lagi hebat jika dibandingkan dengan kami...
Derita si anak kecil yang kehilangan ibu bapa
Derita si ibu bapa yang kehilangan si anak
Derita mereka yang menangis setiap masa 

GAZA...
kau juga telah memberikan bukti yang nyata 
Tentang kezaliman ZIONIST...Kekejaman YAHUDI...dan Kedajalan ISRAEL... Gila kuasa mereka, kerakusan mereka telah mengatasi segalanya. Mereka menjadi hamba kepada kezaliman dan kekejaman mereka sendiri...

GAZA...
Maafkan kami...
Maafkan kami kerana tidak terdaya mengangkat senjata untuk membantumu si sana...
Hanya Doa yang mampu kami titipkan buat mu Gaza
Hanya Allah yang menjadi pengikat doa-doa kita
Semoga engkau selamat dan sentiasa dalam lindungan-Nya..




No comments: