Monday, August 22, 2016
::: A.K.U :::
Monday, June 13, 2016
Random Cerpen --> Cik Kopi Mr Secret
Monday, April 25, 2016
Random Cerpen
Hanya itu yang bisa Jannah ucapkan setelah mendapati dirinya sudah hamil. Mengetahui dirinya yang kini sudah mengandungkan anak kepada suaminya, Amar adalah berita yang paling gembira dan anugerah terindah buatnya. Jannah sudah tidak sabar untuk memberitahu Amar tentang berita gembira ini, tambahan lagi lusa adalah ulang tahun perkahwinan mereka yang setahun dan bercadang untuk memberitahu Amar apabila suaminya sudah pulang dari outstation di Kota Kinabalu.
kringgggg..... Kringggg........ Kringgggg.....
Hello, Assalamualaikum....
Waalaikumsalam....
Ini isteri Amar Asyraff ka?
Ya saya isteri dia. Miftahul Jannah.
Kami dari balai polis ingin memaklumkan bahawa suami puan terlibat dalam satu kemalangan dalam perjalanan dari kota kinabalu menuju ke Tawau.
Apa.??????!!!!!!!!
*************************************************************
Lima bulan berlalu selepas kemalangan itu, Amar masih tidak sedarkan diri. Jannah sanggup mengorbankan kerjayanya sebagai seorang Account executive di sebuah syarikat swasta terkemuka di Tawau semata mata ingin menjaga suaminya dan berada di sisi suaminya. Jannah ingin menjadi orang pertama yang suaminya lihat apabila Amar sedar dari koma.
"Abang, sedarlah. Jannah ada berita gembira untuk bagi tahu abang. Jannah dah mengandung. Dah lima bulan abang. Mesti abang happy kan. Sedarlah abang..." Rintih Jannah sambil mengusap-usap tangan suaminya.
Setiap hari Jannah tidak bosan mengungkapkan ayat itu. Dan setiap kali itulah juga hati Jannah terusik dan butiran jernih akan mengalir di pipi mulus Jannah.
"Jannah, baliklah berehAt nak. Sehari suntuk dah Jannah dekat hospital ni. Makan pun mesti belum lagikan. Biar ummi lagi yang jaga Amar. Jannah balik berehat ya nak. Kesian baby dalam perut tu.."
"Takpa lah ummi. Jannah tak lapar lagi. Nanti kalau Jannah balik dan abg Amar sedar, mesti dia cari Jannah.."
"Jangan degil nak. Tengok muka tu pucat saja. Badan Jannah dah semakin kusut. Nanti kalau Amar dah sedar, ummi terus telefon Jannah. Dengar cakap ummi ya nak..."
"Hurmmmmm, baiklah ummi...."
*************************************************************
Hari berlalu demi hari. Dan bulan berganti demi bulan. Namun Amar masih tidak sedarkan diri. Jannah hanya kuatkan hati dan semangatnya demi kandungannya. Perit untuk dia lalui semua ini seorang ini. Jannah hanya mengharapkan suaminya, Amar akan segera sedar dari koma sebelum dia bersalin.
"Ummi !!!! Ummi !!!! Ummi !!!!! "
"Astagfirullahalazim, Jannah. Kenapa ni nak?"
"Perut JAnnah mi. Perut Jannah sakit. Sakit sangat mi "
Ummi segera pergi mendapatkan nurse yang berada di hospital itu.
"Ummi andai bayi yang keluar ini nanti adalah perempuan, tolong namakan dia persis dengan nama Jannah ya ummi, Miftahul Jannah. Dan seandainya bayi ini adalah lelaki, tolong namakan dia persis dengan nama arwah adik, Adam Alzaifah...Dan tolong sampaikan salam rindu Jannah buat abang Amar, sekiranya abang sedAr dari koma nanti..."
Ummi hanya mengangguk sahaja dan hanya dapat menghantar Jannah di pintu wad bersAlin. Ummi melihat Jannah sangat sebak dan airmatAnya begitu laju merembes keluar seperti tidak rela untuk berpisah dengan ummi.
************************************************************
"Jannah...Jannah...Jannah...."
"Alhamdulillah. Amar dah sedar..."
"Ummi, Jannah mana.? "
Begitu sayu hati Amar apabila Mengetahui Jannah telah pergi dahulu menghadap Illahi. Jannah telah bertarung nyawa ketika melahirkAn anak perempuan mereka, iaitu Miftahul Jannah. Doktor mengesahkan bahawa keadaan Jannah sangat lemah ketika itu dan dia kehilangan banyak darah.
Airmata tak lekang jatuh membasahi pipi Amar mengenangkan isteri yang sudah pergi buat selamanya. Rasa bersalah masih menyelubungi dirinya. Disaat dia masih terlantar sakit di atas katil, Jannah pulak sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat mereka.
*************************************************************
Kini, genap setahun pemergian Jannah dan Amar sudah redha atas pemergian isteri tercintanya.
"Miftahul Jannah, kau adalah anugerah terindah yang Allah titipkan buatku. Walaupun Allah hanya meminjamkan dirimu sebentar cuma, namun banyak pengorbanan yang telah kau lakukan untuk aku. Terima kasih sayang kerana menjadi penyeri hidupku selama ini. Benarlah, orAng yang kita sayang jugak adalah ujian. Allah lebih sayangkan kau sayang. Mungkin tidak di dunia, namun pasti diakhirat kelak kita akan menemukan kebahagiaan.Mungkin juga jodoh kita di dunia tidak berpanjangan, namun aku percAya, di akhirat kelak kita pasti berjumpa. Sayang seandainya kau tidak jumpa aku di akhirat, cari aku dan tarik tAngan aku...Dan terima kasih kerana menghadiahkan aku seorang puteri yang sangat comel persis kau. Buat isteriku, tenanglah kau di SANA...Al-Fatihah..."
-Tamat-
P/s: Benarlah orang yang kita sayang itu jugak suatu ujian buat kita. Kadang Allah hanya meminjamkan sedikit nikmat dan nikmat itu hanya sementara supAya kita lebih tahu erti bersyukur dan menghargai...
Cerita ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh kawan aku. Aku hanya buat olahan sedikit kisah ini. Maaf atas kekurangan. Banyak lagi yang perlu dibelajar.
Friday, January 8, 2016
:: TETAPLAH BERBUAT BAIK ::
Kesimpulannya, berilah kebaikan kepada orang lain walaupun hanya memberikannya segelas air putih. Ingatlah tangan yang menghulurkan sesuatu, air putih misalnya akan lebih dahulu buat seseorang itu tersenyum dan terasa lapang. Jika kita menghulurkan kebaikan, kebaikan itu akan pulang semula mencari kita. Walaupun sebaik mana kita mencuba melakukan kebaikan itu, mungkin sahaja kebaikan itu tidak akan mengubah orang lain yang negatif terhadap kita. Jika apa yang kau lepaskan, berkorban dan melakukan kebaikan tetapi tidak dihargai, ikhlaskan sahaja. Melepaskan, berkorban dan kebaikan akan sentiasa menang walaupun dalam berbuat sesuatu dengan niat yang baik kita mungkin kelihatan kalah. Namun, melepaskan, berkorban dan kebaikan itu sebenarnya telahpun menggembirakan hati kita sendiri.
Sebelum tidur malam ini, refleksi semula apa yang pernah kita buat dengan orang lain. Bagaimana kita melayan orang lain. Jika kau pernah disakiti, tetaplah tersenyum dan pandanglah mereka dengan pandangan kaseh sayang, Pandang kebaikan dalam setiap keburukan, sebab seburuk buruk sesuatu ada baiknya. Dan berlapang dada dengan semua orang. Sebab ALLAH tidak akan cipta kelemahan seseorang melainkan untuk kita tampalkan dengan kebaikan.
P/s: Mulanya tiada idea. Idea sangat terhad. Tapi bila sudah rancak menulis, maka entry pun terhasil sepanjang ini. Apa apa pun semoga kita semua memperoleh ketenangan hati dan jiwa.
Tuesday, December 15, 2015
:: Pengemis Dan Pengutip Pengajaran ::
Kadang, langkah kita disalah erti. Kadang mata kita silap. Kita menyangka bila kita tersepit dalam suatu masalah dan keadaan hanya manusia yang dapat tolong kita. Ada masanya kita tidak bisa bergantung dan berharap sepenuhnya dengan manusia kerana mereka jugak tetap manusia seperti kita. Sometimes we just have to pick ourself up and carry on. Bila aku atau kau ingin hadam sendiri masalah yang ada dan ingin menyendiri, orang mula bilang, "Kau jugak perlukan teman/kawan. Jangan sombong". Ya itu benar. Jangan suka bersangka-sangka dengan seseorang yang ingin menyendiri. Terkadang kita juga perlu belajar menyendiri, bukan bererti kita ingin menjauh manusia. Bukan jugak sebab sombong. Tapi manusia ni ada masa sendu dan pilu bukan? Ada orang, dia lebih selesa untuk menyendiri. Bukannya dia tidak mahu menghargai orang lain atau sesiapa yang ingin singsing lengan untuk membantunya. Tapi adakalanya dia ingin berehat dan muhasabah segalanya. Tapi hatinya tiada siapa yang tahu. Dalam diam, dia mungkin ingin mendekat dengan TUHAN dan memilih TUHAN daripada manusia. Jika dia tidak mahu menceritakan segala mendung dan kelam di hati, jangan dipaksa. Biarkan dia berehat kerana dia jugak manusia yang terkadang penat.
Monday, December 7, 2015
:: INILAH KEHIDUPAN ::
Apa-apa pun yang kau dan kita lakukan kena usaha. Zaman yang serba serbi dihujug jari ni mana ada yang mudahkan. Kau mahu layari internet pun kena topup. Orang kata, kalau tidak kerja, macam mana mahu makan. Tak kan mahu tunggu duit atau makanan tu jatuh dari langit atau jatuh dari pokok kelapa. Sama jugak macam hikmah dan nikmat. Kalau kita tidak gali atau cari hikmah dan nikmat dalam setiap kesulitan itu, sampai bila-bila pun kita tidak jumpa dan rasa. Kalau kita takut berjalan di jalan yang panjang dan gelap, kita mana tahu apa yang menunggu di hadapan kan. Kita sangka jalan yang panjang itu menyusahkan, sedangkan jalan yang pintas itu adalah jalan yang lagi lagi dan lagi penuh cabaran dan ujian. Tapi zaman sekarang ni, hmmm. Semua mahu jalan yang pintas. Jangan pernah menyerah. Kalau orang lain naik lift atau escalator, biar kita sahaja yang naik tangga. Biar lambat, yang penting hasilnya berpanjangan dan hati terasa lapang.
Tanya diri kita semula. Kita mahu hidup susah sekali sahaja kah atau mahu susah kali kedua. (Alah, tak faham lah maksud mu). Okey, maksudnya macam ini. Kita hidup di dunia cuma sekali sahaja sebelum kita di hidupkan semula di alam yang kekal abadi, iaitu di alam barzakh. Dan kesusahan hidup ini kita akan rasa cuma sekali sahaja. Aku ambil contoh yang mudah (Hasil daripada pembacaanku)
Semua orang pernah tidurkan. Dan di dalam tidur kita, pasti ada yang pernah bermimpi bukan, Adakalanya, kita rasa kita macam lama saja mimpi kita tu, tapi bila kita terbangun rupanya kita baru tidur tidak sampai pun 4 atau 5 jam. Tapi rasa macam lama. Macam itulah jugak dengan kehidupan kita. Kita rasa masalah dan kesusahan yang kita alami itu lama, padahal di depan itu ada jalan penyelesaiannya. Tinggal kau mahu pilih sahaja sama ada mahu turn off atau turn on the light/switch. Kadang, kita rasa jugak life kita ni lama. Sedangkan, saat kematian kita semakin dekat nanti, kita akan rasa....(Mata masuk habuk)
Inilah kehidupan. Susahkah hidup pada zaman sekarang? Baik macam mana sekalipun kita mencuba, tapi mesti ada yang tidak suka dengan kita kan? Stress ka hidup macam ni??? Di tambah lagi orang yang suka menilai dan cakap-cakap itu ini. Pernah kah kita terfikir, orang yang suka bercerita pasal polan si polan ni benar-benar care atau saja ingin tahu/menyibuk. Berlapang dada sajalah dengan semua orang. Kehidupan sememangnya begini, Manusia sememangnya susah mahu dinilai dan ditafsir. Tapi kadang kita terlupa suatu perkara kan ? (Termasuk diriku sendiri). Setiap masalah, setiap kesakitan, setiap kepedihan, setiap ujian di dunia ini sebenarnya tidak lama. Aku ada terbaca satu hadis Rasulullah S.a.w yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan At Tirmidzi dari Abu Hurarirah RA:
Thursday, December 3, 2015
:: PILIHAN ::
Pernah putus cinta?
Pernah rasa down?
Pernah di tipu, dikhianati?
Pernah dikecewakan?
Pernah rasa mahu menangis sahaja?
Pernah rasa tidak selera mahu makan?
Pernah rasa segala rasa yang kau rasa? Erk?
Maaf, soalan itu bertubi tubi diajukan. Aku pun pernah rasa itu. Bukan kau, dia dia dia, kamu kamu kamu seorang sahaja yang pernah rasa. So? Move on lah. Kenapa mahu penjarakan hati dan diri sendiri di tempat yang sama. Relax la. *Pandai lah kau bercakap sana. Hebat dalam menaip, tapi tindakan kau??*
Ya, aku bukanlah orang yang tepat untuk mengajar sesiapa saja untuk move on sebab aku bukan doktor cinta atau pakar motivasi. Jauh sekali....
Sejujurnya, kadang kita lupa yang kita ini ada pilihan dalam hidup, sehinggakan kita menjadi fokus kepada benda yang tiada berbanding apa yang ada. Fahamkan? Memang, takdir hidup kita sudah ditentukan, tapi kita maseh punya pilihan bagaimana untuk menjalani takdir hidup yang telah tertulis. Kau tahu hidup ini cuma ada hitam dan putih, tapi kau maseh mahu pilih warna lain. Kau tahu semua itu, tapi kadang terlupa (Tertembak diri sendiri). Jangan terlalu menoleh ke belakang sampai terlupa untuk go forward. Kau rindu orang itu, tapi itu bukanlah tiket untuk kau di rindui semula. Kau sayang orang itu, tapi itu bukan jaminan untuk kau di sayangi semula. Kau suka dengan orang itu, tapi janganlah kau berharap kau akan disuka jugak sebab tiada hukum dalam dunia ini, kau rindu, sayang dan suka orang tu, dia pun kena rindu, sayang dan suka kau jugak balik.
Ah, aku mahu lari. Lari dari semua ini.
Larilah sejauh manapun kau mahu. You can run and as fast and as far as you like. But, the truth is, wherever you run, there you are. Jangan pentingkan hati sendiri acah acah mahu lari jauh kalau maseh tidak mahu move on. Move on atau go forward is your choices.
Bila di hina sikit down. Bila di sakiti sikit, fikiran menjadi tidak tentu arah. Aduiii, kenapa lembik sangat ni. Ada banyak sebab untuk kau jadi kuat. Bila di uji, kau tidak boleh lari. Tapi kena kuat untuk terus melangkah. Hati hanya menjadi tidak keruan dan hilang arah apabila kita tidak menempatkan Allah di hati kita dan utamakan DIA. Allahu'. (Kadang, kehadiran seseorang akan buat kita lupa DIA. Allahu'.Kita cuma pentingkan hati sendiri. Mata masuk habuk)
Somehow, ada perkara orang yang tidak faham kita, tidak faham dengan situasi yang sedang kita lalui, dan tidak faham apa sebenarnya yang kita mahu buat. Betul. Orang sangat sangat susah mahu faham orang lain. Then, mulalah ada yang assume itu ini. Kita ini pula satu, bila dikondem sikit terus tiada semangat mahu melangkah. Teruslah ndak mahu move on dan kurung diri dalam bilik sorang sorang layan lagu jiwang sampai menangis sehingga banjir bilik. Hello, come on my self. come on guys. Kita ada impian sendiri ba. Kenapa begitu mudahnya mengalah pada kata kata manusia?
Sejujurnya, mengalah itu perlu, tapi tengok jugak keadaan. Latih hati jadi kuat. Allah tidak ciptakan ujian itu suka suka sahaja. Pasti bersebab.
Sudahlah. Jangan mengalah dengan emosi sendiri. Sekarang ini bukan masalah orang tidak suka dengan kau, tidak suka dengan kita. Bukan jugak masalah siapa yang menyakiti dan disakiti. Semuanya berbalik pada hati. Pilihan di tangan sendiri. Selagi kita percaya pada perancangan DIA, pilihan DIA, selagi itu kita kena kuat, kena melangkah, dan kena sabar. Tenanglah dalam perkataan, bersangka yang baik baik sahaja. Nanti, Allah akan baiki jalan hidup kita dengan lebih cantik dan indah.
Sudah. Jom tidur. Esok kerja. Sebelum tidur maafkan semua orang. Berlapang dada dengan semua. Selamat Malam.
Sunday, November 29, 2015
::: WHAT IS YOU HAPPIEST MOMENT IN YOUR LIFE? :::
Wednesday, November 25, 2015
:: WHAT DO YOU WANT TO ACHIEVE IN YOUR LIFE ? ::
Rentak yang kaku. Jari jemari terasa kaku menari-nari di atas keyboard untuk memulakan entry dalam blog yang setelah sekian lama terbiar...
Tuesday, October 6, 2015
Hati Kita Akan Terus Diuji
Assalamualaikum
Hati kita akan terus diuji. Bezanya cuma ujian hati kita tidak sama. Senyum atau tangis, sedih atau gembira itu semuanya adalah acuan minda dan sahabat yang paling rapat dengan manusia. Semua rasa itu, sahabat itu akan terlahir tika kita diuji.
Jika kau tidak bisa ketawa dengan lawak yang sama, tidak bisa tersenyum dengan sapaan yang sama, kenapa maseh memilih untuk menangis, berduka, bersedih dengan masalah sama atau masalah lalu. Walhal, kau sendiri tahu ada masa depan yang perlu kau grab. Dan ada kegembiraan yang perlu kau raih.
'Ala, kau bercakap senanglah sebab kau bukan berada di tempat aku pun. Kau hanya tahu cakap cakap sahaja'
'Ya, memanglah aku tidak berada di tempatmu, tidak tahu isi hatimu kerana kita berjalan bukan dalam kasut yang sama. Size kaki kita pun lain lain bukan. Tapi itu bukanlah satu alasan untuk kau berduka. Hari ini kau bersedih, tapi janganlah jadikan itu satu alasan untuk kau hidup sengsara pada masa depan'
Benar, tidak semudah kata bicara dan tidak semudah lafaz yang dikata. Aku menulis entry ini bukanlah mahu tunjukkan yang aku ini bijak pandai settle kan masalah, handal mengawal hati dan perasaan, dan tidak pernah bersedih. Ini berdasarkan pengalaman hidup aku sendiri. Sepanjang hidup aku, banyak jenis manusia yang aku jumpa. Ada yang bertopeng dan ada yang natural. Tapi Allah tidak akan hantar seseorang itu dalam buku hidup kita tanpa sebab. Semuanya pasti bersebab.
Ada suatu ketika dahulu, aku begitu down. Pendam sendiri dan hadam sendiri kesedihan itu. Menangis tu biasalah bila sudah tidak dapat tahan rasa sedih itu. Tetapi aku sendiri tidak tahu bagaimana aku bisa cari kekuatan itu. Aku buat biasa biasa saja. Senyum dengan semua orang. Pandang semua orang dengan pandangan kaseh dan sayang. Mungkin sabar dan diam itu adalah cara terbaik untuk kita expressing rasa sedih dan masalah kita. Ujian itu nikmat. Ujian itu kebaikan kerana Allah lebih Maha Mengetahui. Setkan saja di hati dan otak kita positive minds. Kadang kita rasa masalah kita paling hebat. Kita yang paling sedih. Tapi cuba kita lihat di luar sana. Betapa ramai yang dilanda musibah lebih hebat dari kita. Kita ne cuma hati kita saja yang di uji.
Dan hati kita akan terus di uji. Ada suatu masa tu, hati aku di uji lagi. Tapi aku ada seorang sahabat yang tidak bosan bagi aku nasehat dan semangat. Jadi rapat hanya kerana meminati team bola sepak yang sama masa world cup. Dia ingatkan aku, guna semula kekuatan yang kau ada masa kau down dulu. Jangan jadi lemah. Dan selalulah ingat mati. Bila kau ingat mati hati kau akan rasa tenang. 'Jum, andai suatu masa nanti kau lupa dengan semua orang, jangan Sesekali kau lupa Allah. Jangan lupa yang kita jugak akan mati suatu hari nanti'. This words always i keep in my mind. Nasehatnya yang memberi kesan kepada aku till now. Terima kaseh sahabat.
Dan sehingga hari ini hati aku akan terus di uji. Allah telah menghantar seseorang dalam hidup aku. Orang yang kita sayang jugak itu adalah suatu ujian. Dan pandai pandailah mengawal hati dan perasaan. Dan bersedialah dengan apa saja ujian kerana hati kita akan terus di uji.
P/s: Walaupun kadang kadang ada salam yang tidak bersambut, ada 'chat' yang tidak di balas, walaupun kadang kadang rasa ini cuma aku saja yang rasa, namun aku maseh positive dengan keadaan.
Thursday, December 4, 2014
::: DIAM & JANGAN HUKUM :::
Manusia. Sifatnya memang suka mencari kesalahan orang lain. Itulah penyakit jiwa dan krisis hati yang selalu dihidapi oleh manusia. Memang sudah menjadi naluri dan tabiat manusia lebih cenderung membicarakan kesalahan orang lain berbanding membicarakan kesalahan diri sendiri.
Kita suka menghakimi.
Kita suka menuduh membuta tuli.
Kita suka bersangka-sangka even kita tidak mengenali.
Kita cuma mendengar cerita dia. Tapi kita bukan berada di tempatnya.
Kelodak di hatinya kita tahukah? Tidak bukan. Yang tahu hanya Dia dan Allah S.W.T sahaja.
Jadi kenapa mahu menghukumnya berlebih-lebihan???
Jangan bertuhankan diri sendiri.
Manusia, layan dia seperti manusia.
Hari ini mungkin dia cuma buat kesalahan kecil, dan kita menghukumnya berlebihan.
Tapi, andai esok kita yang melakukan kesalahan, apa yang kita nak mintak dengan orang???
Mintak Simpati???
Mintak Belas kasihan daripada orang???
Kita bukan manusia yang lahirnya sempurna. Tidak sayang. Jangan mencanang kesalahan orang seolah-olah kita tidak pernah melakukan kesilapan. Nanti diri sendiri yang menjadi malu.
Berlapang dada dengan semua orang. Kita tidak tahu seseorang jadi jangan cepat menghukumnya. Kita kena belajar untuk menerima semua dengan hati yang terbuka. Setiap manusia yang hadir dalam cerita hidup kita adalah bersebab untuk menjadikan kita Manusia dan sedar tujuan kita adalah untuk menjadi 'Hamba' dan bukannya untuk menjadi 'Hakim Dunia'. Bukan kerja kita untuk mencari silap orang.
Ya Allah, Siapalah kami untuk menghakimi orang lain bila hanya ENGKAU sahaja yang selayaknya untuk menghakimi. Kurniakanlah kami hati yang sentiasa nampak yang baik-baik sahaja dari orang-orang yang kami kenali dan dekati.
Tuesday, November 25, 2014
::: P E N A T :::
Kadang-kadang aku penat. Penat dengan berpura-pura menguntum senyum. Kawan aku pernah berkata dengan aku dulu,
"Tersenyumlah wahai teman, walau hanya dengan senyuman palsu...Jika sudah tidak mampu, menangislah bila rapatnya dahi diakhir sujudmu..."
Jemu. Penat.
P/s:
I haven't blogged in so long. Nothing to share and no idea plus so many hectic days. Maybe